Connect with us

Oh! Media

“Kami Dah Minta Jaket Keselamatan” – Mangsa Bot Terbalik Di Perhentian Cerita Detik Kejadian

Bot Terbalik

Trending

“Kami Dah Minta Jaket Keselamatan” – Mangsa Bot Terbalik Di Perhentian Cerita Detik Kejadian

Tiga maut selepas bot terbalik di Pulau Perhentian. Mangsa kongsi detik cemas kehilangan suami dan anak.

Dalam tragedi jam 10.30 malam kelmarin, sebuah bot membawa 15 penumpang termasuk kanak-kanak karam dipukul ombak besar dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar.

Lapor Harian Metro, kejadian menyebabkan tiga orang penumpang maut manakala seorang lagi kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mangsa, A Sanggetha kehilangan suami tercinta S Arumugam dan anak bongsu mereka, A Sarrvihka yang baru berusia 3 tahun.

IKLAN

“Kami dah minta jaket keselamatan, tapi pemandu kata basah”

Bot
Kredit Foto Danial Saad Harian Metro

Menurut Sanggetha, mereka sekeluarga bersama rakan-rakan suaminya menaiki bot pulang ke resort di Pulau Perhentian Besar kira-kira jam 9 malam selepas makan malam.

Cuaca ketika itu menunjukkan tanda-tanda nak hujan jadi mereka meminta jaket keselamatan.

Namun, pemandu menjawab jaket keselamatan basah dan jarang pulang hanyalah dekat.

Kami berkali-kali minta life jacket (jaket keselamatan) daripada pemandu bot kerana waktu itu nampak macam nak hujan dan banyak budak kecil tetapi dia beritahu basah, tidak mengapa sebab jarak perjalanan ke resort kami dekat sahaja.

Tambahnya, ketika dalam perjalanan, hujan turun dengan lebat, laut bergelora dan suasana sangat gelap.

Bot mereka mula terumbang-ambing sebelum dihentam ombak besar yang menyebabkan ia terbalik.

Detik cemas dan kehilangan yang tak disangka

Bot

Sanggetha memegang erat anak sulung mereka berusia sembilan tahun, manakala suaminya memegang anak bongsu sebelum semuanya berlaku dengan begitu pantas.

Saya kemudian pegang kuat anak sulung kami manakala suami pegang anak bongsu sebelum datang satu ombak yang amat besar menyebabkan bot terbalik.

Dia berjaya menyelamatkan diri dan anak sulungnya dengan bantuan seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu dari lokasi berhampiran.

Namun, dia akhirnya dimaklumkan bahawa suami dan anak bongsunya tidak dapat diselamatkan.

Rakan kemudian maklumkan yang suami dan anak bongsu saya sudah meninggal dunia termasuk seorang lagi anak kepada rakan suami.

Lebih menyedihkan, ia merupakan kali pertama mereka bercuti ke Pulau Perhentian bagi meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 Arumugam bersama rakan-rakan sekolah lamanya.

Pssttt! Walaupun jarak perjalanan pendek, penyediaan jaket keselamatan sepatutnya wajib tanpa kompromi. Semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi kehilangan ini, dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya agar tragedi sama tidak berulang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas