Oh! Tidak
Kena Bayar Daging Korban? Wanita Dakwa Perlu Bayar RM4
Penduduk di Bekasi tular lepas dakwa kena bayar RM4 untuk dapat daging korban.
Macam tak masuk akal, tapi itulah yang terjadi di sebuah kampung di Bekasi, Indonesia apabila beberapa penduduk mendakwa mereka perlu bayar sebelum boleh ambil daging korban.
Menurut video tular, beberapa wanita mengaku membayar sekitar Rp15,000 (lebih kurang RM4) bagi setiap bungkusan daging.
Sepatutnya daging korban tu percuma, tapi…

Tindakan ini menimbulkan kemarahan ramai sebab secara tradisinya, daging korban sepatutnya diagihkan secara percuma kepada golongan yang layak.
Perkara ni jadi bualan netizen yang mempertikaikan tindakan pihak pengurusan yang mengenakan bayaran.
Selepas video tu viral, seorang ahli jawatankuasa korban dikenali sebagai Tarmin tampil beri penjelasan. Katanya, lembu korban itu sebenarnya adalah hasil sumbangan penderma, tapi sumbangan tu tak termasuk kos pengurusan.
Lembu korban tersebut diperoleh daripada hasil sumbangan penderma yang tidak menyediakan kos tambahan.
Disebabkan itu, pihak mereka sepakat untuk kenakan sedikit caj sebagai kos operasi dan tenaga kerja.
Tarmin akui silap, mohon maaf pada semua…
Tarmin akhirnya mengakui tindakan mengenakan caj itu tidak sepatutnya berlaku dan telah menimbulkan kekeliruan ramai.
Dia juga mengakui perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Sebagai tanda bertanggungjawab, dia tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini.
Pssttt! Daging korban ni satu ibadah, bukan perniagaan. Kalau dah jadi rezeki untuk rakyat marhaen, janganlah pula kena bayar. Kos operasi tu boleh diurus dengan sumbangan atau gotong-royong, bukan dengan bebankan penerima. Semoga kejadian ni jadi pengajaran untuk kita semua agar tak tercalar makna sebenar korban.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
