Oh! Tidak
Suami Ceraikan Isteri Hamil Sebab Diperiksa Doktor Lelaki
Suami di China mahu ceraikan isteri hamil selepas wanita itu diperiksa doktor lelaki ketika rawatan di hospital.
Seorang lelaki di China jadi perhatian ramai selepas bertindak luar kawalan di sebuah hospital bersalin hanya kerana isterinya diperiksa oleh doktor lelaki. Kejadian itu berlaku di wilayah Jilin dan video situasi tersebut kini tular di media sosial.
Menurut laporan Kosmo Online, lelaki itu dilihat terlalu emosional sehingga menghentak kepalanya sendiri pada dinding hospital kerana tidak dapat menerima keadaan tersebut. Difahamkan, isterinya ketika itu sedang hamil dan menjalani pemeriksaan biasa.
Suami mengamuk dalam hospital

Dalam video yang tersebar, kakitangan hospital cuba menenangkan lelaki tersebut yang dilihat berada dalam keadaan sangat tertekan. Dia kemudian diminta duduk di atas kerusi roda sebelum diberikan bantuan oksigen supaya kembali tenang.
Apa yang mengejutkan, lelaki itu siap menyatakan mahu menceraikan isterinya hanya kerana pemeriksaan tersebut dilakukan oleh doktor lelaki.
Seseorang telah melihat bahagian intimnya. Saya tidak boleh menghadapi keadaan ini, saya akan menceraikannya.- Katanya.
Hospital tampil beri penjelasan
Seorang pegawai hospital kemudian menjelaskan bahawa sepanjang pemeriksaan dijalankan, terdapat juga kakitangan wanita yang berada bersama doktor tersebut.
Menurutnya lagi, perkara seperti itu sebenarnya biasa berlaku di hospital kerana ada ramai pakar lelaki yang bertugas termasuk pakar bius dan pakar bedah.
Doktor tidak peduli tentang jantina anda, mereka hanya fokus untuk merawat anda.- Katanya.
Video kejadian itu terus menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial. Ramai yang menganggap tindakan lelaki tersebut terlalu keterlaluan dan tidak matang.
Pssttt! Kadang-kadang bila terlalu ikut emosi, kita sendiri boleh buat keadaan jadi lebih buruk. Dalam situasi melibatkan kesihatan dan nyawa, paling penting adalah rawatan dan keselamatan pesakit dulu, bukan ego sendiri.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.