Connect with us

Oh! Media

“Abah Akan Rehat Sepuas-Puasnya Di Mekah” – Anak Reda Dengan Pemergian Bapa Di Tanah Suci

Ohmedia mekah

Trending

“Abah Akan Rehat Sepuas-Puasnya Di Mekah” – Anak Reda Dengan Pemergian Bapa Di Tanah Suci

Seorang juru ukur dari Kota Bharu, Abdullah Mat disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah semasa mengerjakan ibadah haji, semalam.

Allahyarham dilaporkan terkena serangan jantung di Masjidil Haram selepas selesai pusingan kelima tawaf sunat.

“Kami bangga abah pergi dalam keadaan yang indah”

Memetik laporan Berita Harian, anak-anak arwah reda dengan pemergian insan tersayang itu meskipun berita kematian yang disampaikan ibu mereka mengejutkan seluruh keluarga.

IKLAN
@501awani

Kerap bergambar kenangan bersama rakan sebilik, sehingga sebelum ajal menjemput Che Lah. Hajat Che Lah tertunai, gambar bersama diabadikan bersama rakan sebilik. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Anak keduanya, Dr Anis Nabihah memaklumkan, sebelum berangkat arwah dikatakan begitu sibuk menyiapkan pelbagai urusan rumah dan menyelenggara semua kenderaan anak-anaknya.

Kami adik-beradik ada nasihatkan abah supaya lebih banyakkan berehat memandangkan dia akan mengerjakan haji, namun abah jawab dia akan rehat sepuas-puasnya di Makkah.

Katanya lagi, arwah ayah mereka dikenali sebagai seorang yang sangat baik, rajin bekerja, penyayang dan sangat menjaga solat berjemaah.

“Kami bangga dia ‘pergi’ dalam keadaan yang sangat indah”

Meninggal Dunia

Rutin harian Allahyarham termasuk menunaikan solat sunat dua rakaat di rumah sebelum ke masjid untuk solat Subuh bersama jemaah.

Saya dan adik-beradik reda dengan kehilangan abah yang sangat kami sayang, kami bangga dia ‘pergi’ dalam keadaan yang sangat ‘indah’ di Tanah Suci Mekah.

Menurut Dr Anis lagi, ibu mereka, Sharifah Hasan tetap tenang dan menerima takdir pemergian suaminya dengan reda. Sepanjang berada di Makkah, pasangan ini sentiasa bersama.

Mama selalu berkata dia tidak akan meninggalkan abah kerana mereka selalu berdua, malah menurut mama, sepanjang di Makkah juga, abah selalu bersamanya sehinggalah abah dijemput Ilahi.

Kini, mereka hanya mampu memberi kata-kata semangat kepada ibu mereka dari jauh dan berdoa agar ibadah hajinya berjalan lancar.

Pssttt! Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sesungguhnya pemergian beliau sangat dicemburui ramai.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas