Trending
Terkini Mengenai Rekod Penyelenggaraan Trak FRU Tahun 1997 Yang Melibatkan 9 Anggota Terkorban
Trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas tragis di Teluk Intan hingga meragut 9 nyawa anggota polis disahkan mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik.
Menurut laporan Sinar Harian, trak itu telah digunakan sejak 1997, ia masih dalam keadaan baik dan layak digunakan di jalan raya dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Trak itu ada rekod penyelenggaraan yang baik… Walaupun umurnya agak lama, tetapi ia masih roadworthy, tiada masalah dari segi penyelenggaraan.
Masih awal untuk buat kesimpulan

Tambah beliau, siasatan terperinci masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian yang menyayat hati itu.
Terlalu awal untuk buat keputusan sama ada kemalangan itu disebabkan kesilapan manusia… Biarlah pasukan penyiasat buat kerja mereka.
Isu keselamatan anggota FRU turut diberi perhatian

Saifuddin turut menyatakan komitmen pihaknya untuk menambah baik semua aset dan ciri keselamatan anggota, termasuk penggunaan tali pinggang keledar dalam kenderaan khas seperti ini.
Namun, beliau menjelaskan bahawa trak FRU adalah ‘combat vehicle’ yang direka untuk misi tertentu, dan kecekapan serta kepantasan adalah keutamaan.
Kalau ada peralatan atau sistem keselamatan yang lambat untuk ditanggalkan, ia mungkin jejaskan kecekapan ketika operasi.
Pssttt! Setiap tragedi adalah peringatan penting tentang nilai nyawa dan keselamatan. Semoga ada pembaikan menyeluruh demi lindungi wira negara kita.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM