Connect with us

Oh! Media

Isu Kuil Di Jalan Masjid India Sudah Selesai

Ohmedia isu kuil jalan masjid india

Oh! Negara

Isu Kuil Di Jalan Masjid India Sudah Selesai

Akhirnya isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai selepas pihak pengurusan akhirnya setuju berpindah ke lokasi baru yang berhampiran dengan tapak asal.

Keputusan ni dicapai hasil rundingan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diadakan semalam.

Pihak kuil & DBKL capai kata sepakat…

Img 3609

Setiausaha jawatankuasa kuil, Kaarthik Gunaseelan, mengesahkan keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam proses rundingan.

IKLAN

Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.

Tapak baru itu berdekatan dan dalam kawasan Jalan Masjid India, serta sesuai sebagai tapak alternatif.

Dengan persetujuan ini, diharap kontroversi yang timbul sebelum ini dapat mereda.

Kuil dipindahkan demi pembinaan Masjid di tanah wakaf…

Image

Isu ni mula jadi perhatian ramai selepas kuil yang terletak di Jalan Masjid India perlu dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah masjid.

Menurut Ketua Bahagian Undang-undang & Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd, Aiman Dazuki, tanah tersebut dibeli syarikat mereka pada tahun 2012 dan mendapat kelulusan untuk membina masjid pada 2021.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan masjid ditangguhkan sebelum ini bagi menghormati pemindahan kuil tersebut.

Pihak kami juga telah bersetuju untuk menanggung kos pemindahan kuil bagi memastikan proses berjalan lancar.

Namun, pemindahan tetap perlu dilakukan kerana ruang sedia ada tak mencukupi untuk menempatkan kedua-dua rumah ibadat dalam kawasan yang sama.

Kuil dipindahkan 50 meter dari tapak asal…

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan dipindahkan kira-kira 50 meter dari tapak asal dengan keluasan 4,000 kaki persegi, setara dengan saiz kuil sedia ada.

Menurut laporan Astro Awani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, keputusan ini dibuat selepas perbincangan melibatkan pelbagai pihak, termasuk wakil dari pihak kuil sendiri.

Beliau turut menjelaskan bahawa tapak baharu ini terletak dalam kawasan Lot PT 95, Seksyen 40, Mukim Bandar Kuala Lumpur.

Peguam mahu ketelusan dalam urusan tanah…

Image

Sementara itu, peguam terkenal Ambiga Sreenevasan dan N Surendran menggesa kerajaan supaya mendedahkan perjanjian jual beli tanah bagi memastikan ketelusan kepada umum.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka hadir untuk merasmikan majlis pecah tanah Masjid Madani di lokasi tersebut tidak lama lagi.

#ApaKataOhmedia

Isu ni memang sensitif sebab melibatkan tempat ibadat, tapi dengan persetujuan pihak kuil dan jaminan daripada pihak berkaitan, harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Hormat-menghormati antara agama sangat penting dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

Ohmedia isu kuil jalan masjid india

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Malaysiakini


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas