Connect with us

Oh! Media

Tun M Dedah Sikap Sebenar Israel, Bimbang Gencatan Senjata Di Gaza Gagal Dikekalkan

Ohmedia copy of Untitled Design 79

Oh! Negara

Tun M Dedah Sikap Sebenar Israel, Bimbang Gencatan Senjata Di Gaza Gagal Dikekalkan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan beliau terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza dan menganggap kegembiraan yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin sebagai sesuatu yang terlalu awal.

Beliau berkata, sukar baginya untuk mempercayai pengumuman tersebut, apabila melihat rekod Israel yang kerap mengabaikan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel negara yang tidak pernah mematuhi undang-undang

Image
Kredit foto Tun Mahathir

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Tun Dr Mahathir, beliau menjelaskan beberapa hari sebelum gencatan senjata. Israel mula membuat perangai dan tabiatnya zionisnya dengan meningkatkan serangan dan melakukan pembunuhan secara besar-besaran.

IKLAN

Adakah sesiapa percaya bahawa Israel, yang pernah melanggar perjanjian gencatan senjata terdahulu dengan Hezbollah, akan memilih untuk mematuhinya kali ini?

Israel adalah sebuah negara yang tidak mematuhi undang-undang, sebuah negara yang agresif. Sikap agresifnya tidak akan membenarkannya menghormati sebarang perjanjian atau undang-undang.-Katanya

Tun Dr Mahathir juga menambah, paling menjengkelkan adalah mereka akan menyalahkan semua pihak lain atas perbuatan mereka.

Tun juga memohon maaf atas sikap pesimismenya dan berharap beliau silap tentang perkara ini.

Image
Kredit foto Reuters

Pada Rabu lalu, rundingan antara Israel dan Hamas akhirnya mencapai kesepakatan untuk menamatkan konflik berdarah di Gaza yang telah berlarutan selama 15 bulan.

Perjanjian kompleks itu melibatkan gencatan senjata awal selama enam minggu, penarikan berperingkat tentera Israel dari Gaza, serta pembebasan tebusan oleh Hamas sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin di Israel.

Ohmedia copy of Untitled Design 79

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Dr. Mahathir bin Mohamad


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas