Trending
Jawapan Ina Naim Soal Nafkah Yang Diberikan Suami Undang Perhatian Netizen
Baru saja mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khairul Rizal pada 8 November lepas, penyanyi Ina Naim kembali mengundang perhatian ramai.
Menerusi Tiktok, terdapat satu video yang menunjukkan usahawan terkenal iaitu Datuk Aliff Syukri bertanya mengenai nafkah yang diterimanya daripada suami.
Ina dilihat dengan tenang menjawab bahawa dirinya tidak mementingkan nilai nafkah dan berkata kasih sayang dan tanggungjawab suami jauh lebih utama.
Yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan, dan yang paling penting dia sayang saya selalu. Untuk nafkah batin, itu penting. Nafkah zahir pula, kita tengok kemampuan suami.
“Duit raya bukan nafkah, tapi hadiah dari Suami” – Ina Naim
Bukan tu jer, Ina turut menegaskan bahawa pemberian duit raya oleh suami bukanlah satu kewajipan.
Menurutnya, duit raya hanyalah hadiah dan bukannya termasuk dalam kategori nafkah.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang memuji kebijaksanaan Ina sebagai seorang isteri.
Bijak Ina jawab, ikut kemampuan suami.
Betul, kasih sayang paling penting walaupun nafkah sedikit, janji suami sayang dan ikhlas.
Duit raya adalah hadiah, jawapan isteri solehah. MasyaAllah.
#OhmediaNasihat
Bila berbicara soal nafkah, apa yang penting ialah pasangan saling memahami dan mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi isteri, jangan terlalu membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuan. Suami pula, jalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Kasih sayang dan kejujuran adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Aliff Syukri
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM