Connect with us

Oh! Media

“Boleh Beli Susu, Pampers” – Berisiko Lumpuh, Azlan Komeng Tolak Tabung Sumbangan

Ohmedia nilam Azlan Komeng

Oh! Artis

“Boleh Beli Susu, Pampers” – Berisiko Lumpuh, Azlan Komeng Tolak Tabung Sumbangan

Pelakon Azlan Komeng berpotensi lumpuh sekiranya kecederaan teruk dialami pada kaki kiri ini tidak dijaga dengan betul.

Doktor menasihatkan aktor berkenaan supaya  tidak banyak bergerak dan menjaga kecederaan dengan baik dalam tempoh sebulan ini.

Azlan Komeng dan isteri enggan terima sumbangan

Azlan Komeng

Disebabkan itu, Azlan dan isteri, Nur Nilam berniaga kecil-kecilan menjual sos hijau Thailand untuk kelangsungan hidup.

IKLAN
@puan_nilamortiz

ramai yang tanya kami tak buka tabung sumbangan ke?kami tak ada buka tabung sumbangan dik,insayallah allah akan cukupkan keperluan kami, allah hadirkan orang-orang baik untuk support sos akak,alhamdulilah,siapa yang nak try boleh tekan beg kuning🙏 maaf ye tak bukak untuk COD, kami tak mampu berhadapan dengan Joy buyer sekarang, semoga allah merahmati kalian yang support sos akak, janji PADU, ALLAH BAGI SEDAP

♬ original sound – puan nilam ortiz – Puan nilam ortiz®️

Pasangan ini menolak tabung sumbangan kerana masih berkemampuan untuk bekerja meskipun kecil-kecilan.

“Allah hadirkan orang-orang baik untuk sokongan jualan sos kami. Saya dan Azlan tak nak buka tabung bantuan, insya-Allah kami berniaga sos hijau Thai. Hasil daripada jualan boleh beli pampers, susu dan barang keperluan lain. Saya tidak mampu nak buat banyak pack, saya masih belum larat. Kami jual 500 paket sahaja dulu, RM18.90 sahaja.” – isteri Azlan Komeng

Terdahulu, pasangan ini terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak karnival jualan.

Kemalangan menyebabkan aktor itu mengalami kecederaan parah iaitu patah tangan kanan, kedua-dua kaki dan pinggul.

#OhmediaNasihat

Walaupun berdepan dengan musibah, Azlan dan isteri tetap berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal dan berdikari.

Pengajaran di sini, sentiasalah berusaha dan bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan, kerana Allah pasti akan mencukupkan keperluan kita apabila kita ikhlas dalam usaha.

Ohmedia nilam Azlan Komeng

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @puan_nilamortiz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas