Trending
Bilik Perawat Perubatan Islam Terbakar Kerana Wireless Charger, Guna Sebaldi Air Rawatan Untuk Padamkan Api
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang perawat perubatan Islam berkongsi kisah apabila bilik di rumahnya terbakar.
Difahamkan kejadian ini berlaku, kerana pengecas telefon bimbit tanpa wayar (wireless charger) tiba-tiba meletup.
Menerusi laman TikTok YM.Pangeran Hisyam Al-Haj, dia berjaya memadamkan api tersebut dengan menggunakan sebaldi air rawatan yang pada mulanya ingin digunakan untuk merawat pesakitnya.
Alhamdulillah, Allah masih selamatkan nyawa anak saya serta harta benda. Angkara charger phone, bilik terbakar. Api marak di dalam bilik dengan asap hitam.
Pandangan amat terhad dan sukar untuk bernafas. Dalam kelam kabut saya ambil sebaldi air rawatan yang sudah disediakan, syukur dengan satu jirusan api terus terpadam.
Apa yang lebih mengharukan, apabila di dalam video tersebut dia menunjukkan jiran-jiran yang sebelum ini tidak dikenalinya datang untuk bertanyakan keadaannya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: YM.Pangeran Hisyam Al-Haj
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM