Connect with us

Oh! Media

Kilang Karpet Nilai 3 Musnah Terbakar, Asap Tebal Nampak Dari Jauh!

Copy of Untitled Design   2

Trending

Kilang Karpet Nilai 3 Musnah Terbakar, Asap Tebal Nampak Dari Jauh!

Penduduk sekitar Nilai gempar apabila sebuah kilang karpet di pusat perniagaan Nilai 3 musnah dalam kebakaran besar pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi di mana asap tebal dapat dilihat di seluruh Nilai dan kawasan berdekatan.

Operasi pemadaman masih berjalan

Img 9618

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

IKLAN

Jentera dan anggota yang tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat karpet.

Kilang karpet di Nilai 3 hangus

Bomba

Kilang berkenaan mengalami kemusnahan struktur sehingga 100 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Buat masa ini, usaha pemadaman masih giat dijalankan oleh anggota bomba dari BBP Nilai, BBP Mantin, dan BBP Seremban 2.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas