Oh! Gear
Tesla Cybertruck Meletup Depan Pintu Masuk Hotel Trump, Elon Musk Dedah Punca Sebenar
Sebuah Tesla Cybertruck dilaporkan meletup di hadapan pintu masuk Hotel Trump pada pagi Rabu semalam dan Insiden mengejutkan ini menyebabkan satu kematian dan tujuh mangsa cedera ringan.
Kejadian tersebut mengundang pelbagai spekulasi yang mula mempersoalkan punca dan ketahanan Cybertruck. Tidak berdiam diri, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, tampil menjelaskan situasi sebenar.
Elon Musk tegaskan Cybertruck tidak bermasalah…
Elon Musk dengan pantas menyangkal dakwaan bahawa letupan itu berpunca daripada kegagalan teknologi kenderaan Tesla.
Letupan itu disebabkan oleh bunga api besar atau bahan letupan yang diletakkan di but belakang Cybertruck. Ini tiada kaitan langsung dengan kerosakan Cybertruck.- Kata Musk.
Beliau menambah bahawa semua sistem telemetri kenderaan berfungsi dengan baik sebelum letupan, menjelaskan kemungkinan insiden ini melibatkan unsur sabotaj atau keganasan.

Siasatan dedahkan punca letupan…
Menurut Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill, letupan tersebut dipercayai berpunca daripada gabungan bunga api, tangki gas dan bahan letupan yang disambungkan ke sistem dalaman kenderaan. Kenderaan itu, sebuah Cybertruck 2024, telah disewa melalui platform Turo.
Kami menemui seorang mangsa maut dalam kenderaan tersebut, namun identiti belum dikenal pasti.- Jelas McMahill.
Tujuh individu lain yang berada di sekitar lokasi turut mengalami kecederaan ringan akibat letupan tersebut.
#OhmediaNasihat
Keselamatan bermula dengan sikap prihatin dan kesedaran kita. Jangan ambil mudah risiko, terutama apabila melibatkan bahan berbahaya atau kawasan berisiko tinggi.

Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM