Trending
Budak Tingkatan 2 Hamil Selepas Dirogol Sepupu Semasa Family Day
Seorang lelaki sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu sendiri di sebuah rumah di Kluang, Johor bulan lalu.
Sebelum ini, tertuduh disiasat di atas dakwaan merogol mangsa sama sehingga hamil 8 bulan ketika menghadiri sambutan hari keluarga di Mersing, Johor pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Berita Harian, perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Kluang.

Di hospital, doktor mengesahkan mangsa rupa-rupanya sedang hamil dan selepas disiasat mangsa memberitahu dirinya telah dirogol sepupu sendiri.
Selain rogol, mangsa memberitahu tertuduh turut melakukan amang seksual fizikal terhadapnya ketika bertandang ke rumah enam bulan selepas kejadian rogol.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap sepupunya di rumah mangsa di Kluang, 9.30 malam, Jun lalu.

Tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh tidak diikat jamin dengan mengambil kira faktor hubung kait kejadian pertama (kes rogol) yang masih dalam siasatan polis. Tambahan pula, jarak rumah tertuduh dan mangsa tidak jauh.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Ogos ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Berita Harian

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM