Oh! Tidak
Pasangan Warga Emas Dah Lama Membusuk Dalam Bilik, Anak Tak Pernah Datang Jenguk
Besar mana pun pengorbanan mak ayah membesarkan anak-anak, semua tu tak akan menjamin pengakhiran baik di hari tua mereka nanti.
Sebab sekarang ni, makin banyak kes anak mengabaikan ibu bapa sampai ada yang meninggal pun anak masih tak datang jenguk.
Inilah nasib sepasang warga emas di Indonesia yang ditemukan sudah membusuk dan mula mereput di atas katil secara bersebelahan oleh jirannnya.
Kata jirannya, mereka terhidu bau yang busuk dari rumah tersebut serta curiga kerana pasangan itu sudah lama tak keluar dari rumah.
Akhirnya mereka membuat keputusan untuk memecah masuk dan terkejut dengan penemuan dua mayat selain daripada rumah yang berselerak.
Isteri hidap strok, suami pula sudah terlalu tua
Lagi sedih, pasangan itu dikatakan sudah lama tak dijenguk oleh anak-anak dan menghabiskan sisa hidup berdua.
BACA: Bapa Menangis Tengok Muka Anak Teruk Dipukul Suami, Sanggup Datang Jemput Naik Motor
Sehingga kini, keberadaan anak mereka masih belum dapat dipastikan lagi.
Allahu… Sampai dah meninggal pun, anak-anak masih tak datang jenguk mak ayah. Apapun, ingat ye sesibuk mana pun kita, jangalah sampai abaikan ibu bapa yang dah banyak berkorban untuk semua anak.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Aplikasi X | Detik News
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM