Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Bapa Menangis Tengok Muka Anak Teruk Dipukul Suami, Sanggup Datang Jemput Naik Motor

Seorang bapa pasti mahukan anak perempuannya bahagia walaupun bukan lagi bawah jagaannya selepas berkahwin. Lebih sedih lagi, kalau pernikahan yang disangka akan membahagiakan bertukar jadi ‘neraka dunia’ buat anaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tak Mengapa Kalau Tak Ada Wali” – Bapa Sebak Dapat Tahu Guru Sekolah Pondok Hamilkan Anak Bawah Umur

Baru-baru ini tular satu video di media sosial tentang seorang ayah sanggup menjemput anaknya naik motor selepas mengetahui anaknya dipukul oleh suami.

Suasana di rumah pasangan itu lebih hiba apabila ayah kepada wanita itu mengusap muka anaknya yang sudah bengkak teruk.

Sakit hati terbesar seorang ayah adalah ketika melihat anak perempuannya diperlakukan tidak baik oleh orang lain.

https://twitter.com/Heraloebss/status/1810524721316073790

Lagi sedih apabila abangnya juga menangis setelah melihat keadaan adiknya yang dianiaya sebegitu rupa walaupun sedang menahan marah.

Difahamkan wanita itu dipukul oleh suaminya disebabkan rasa cemburu selepas bertanya siapakah cinta pertamanya.

Menurut laporan lajut, suaminya telah pun ditangkap oleh pihak polis setelah kes ini tular.

Betullah kan, kasih seorang bapa tak ternilai untuk anak perempuannya. Apapun, kalau dah tak suka, pulangkanlah semula kepada keluarganya. Janganlah sampai bertindak macam ni.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas