Connect with us

Oh! Media

Netizen Bandingkan Puteri Sarah Dengan Mizz Nina Sebab Tak Reti Jaga Aib Suami, Patut Ke?

7304648a 8af4 406f bd49 a2dd2b9b4c0a

Oh! Artis

Netizen Bandingkan Puteri Sarah Dengan Mizz Nina Sebab Tak Reti Jaga Aib Suami, Patut Ke?

Seperti yang sudah di ketahui orang ramai, berita mengenai perpisahan antara pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Hujan baru-baru ini sememangnya membuatkan banyak pihak yang terkejut.

Mizz Nina mengumumkan berita penceraian itu melalui laman Instagramnya dan disebabkan itu, ramai warganet serta rakan selebriti yang lain menitipkan kata-kata semangat buat dia.

Tidak lupa juga, pelakon yang sejak kebelakangan ini namanya sering terlihat di serata platform media gara-gara berita rumah tangga yang bergolak iaitu Puteri Sarah meninggalkan kata-kata semangat buat Mizz Nina.

IKLAN

Hal terbabit telah menarik perhatian warganet untuk meninggalkan reaksi mereka terhadap kata-kata Puteri Sarah, di mana dia berkata sememangnya mengidolakan Mizz Nina.

Biarpun mempunyai niat baik untuk memberi semangat kepada rakan selebriti, kebanyakkan netizen mempunyai pandangan yang berbeza hinggakan mereka membuat perbandingan di antara dua selebriti itu.

Image 12

Ada di antara warganet berkata, Puteri Sarah tidak perlu sibuk dengan hal Mizz Nina dan hanya perlu jaga diri sendiri yang kian hari didakwa sering mengaibkan suami sendiri di platform media sosial untuk raih perhatian.

Sekadar info, setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama, pasangan Noh Hujan dan Mizz Nina ambil keputusan untuk membuat haluan sendiri. Pengumuman berkenaan juga dilakukan secara serentak di laman Instagram masing-masing.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas