Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Buat Parodi ‘Product Placement’ Dalam Drama Melayu, Aksi Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Parodi

Umum

(VIDEO) Buat Parodi ‘Product Placement’ Dalam Drama Melayu, Aksi Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Product Placement ataupun penempatan produk merupakan salah satu strategi berkesan yang sering digunakan oleh sesetengah syarikat bagi mempromosikan barangan mereka. Ia bukan sahaja hanya sekadar memperkenalkan, ia juga merupakan teknik yang mampu menarik minat pengguna untuk mendapatkannya.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tersebarnya keratan sebuah video dalam drama melayu yang mana babak tersebut menayangkan tentang sesebuah produk dan terlalu ketara seperti sebuah iklan televisyen.

Namun, disebalik tularnya video itu, muncul pula sebuah video parodi berkaitan product placement yang dibuat oleh seorang pengguna laman Twitter bernama @Faizal Rosly.

IKLAN

Video berdurasi 53 saat yang dikongsikan itu memaparkan seorang lelaki dengan selamba mempromosikan produk seperti roti dan sebuah printer dalam lakonannya seakan-akan tidak ada kena mengena dengan situasi tersebut.

Parodi Product Placement Dalam Drama Melayu

Apa yang lebih mencuit hati netizen, apabila lelaki tersebut memegang printer tersebut dan bercakap dengan pencetak itu seakan-akan sama dengan video babak dalam drama melayu yang tular sebelum ini.

Rata-rata netizen yang memberikan komen pada video tersebut terhibur dengan aksi lelaki tersebut selain sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa setiap syarikat barangan online akan meningkat penjualannya disebabkan video parodi ini.

Ada juga komen yang mengatakan video tersebut tampil dengan penuh berbeza berbanding dengan video vitamin C yang tular sebelum ini.

Terima kasih Jai. Tonton video ni rasa terhibur, beza dengan video vitamin C semalam rasa semangat hidup semakin kabur.

@Rosman Nizar

Video yang dimuat naik itu setakat ini telah mendapat lebih 9000 lebih tanda suka dan 6000 lebih tweet semula.

Kredit: Faizal Rosly

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas