Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menerima pujian netizen kerana tidak melatah walaupun namanya disebut dalam video parodi oleh pempengaruh kontroversi, Imran Bard.
Imran dikatakan telah membuat video parodi ala juri program realiti yang mengkritik vokal Zulin dan menyindir bakat nyanyiannya.
Namun, berbeza dengan sesetengah selebriti yang mungkin terasa hati, Zulin sebaliknya tenang dan berseloroh dalam ruangan komen.
IKLAN
Komen santainya mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap profesional pelakon itu.
“Saya okay saja, nama pun parodi!” – Zulin Aziz
Menyedari namanya menjadi bualan, Zulin akhirnya tampil memberi penjelasan mengapa dia tidak mengambil hati dengan parodi tersebut.
Saya okay saja, nama pun parodi. Bergantung kepada penerimaan masing-masing. Babak itu pun dia reka, cuma watak saja watak kita. Tak ada sebab nak marah.
Konsep parodi
Menurutnya, parodi tetap parodi dan jika orang memahami konsepnya, tiada sebab untuk terasa hati.
Jadi saya pun komen berdasarkan watak itu. Kalau faham konsepnya, Insya-Allah tak ada apa pun.
Jawapan matang Zulin ini semakin membuat netizen menghormatinya, berbanding mereka yang cepat melenting apabila dijadikan bahan jenaka.
#ApaKataOhmedia
Parodi dan kritikan memang sebahagian daripada dunia hiburan. Cara Zulin Aziz mengendalikan isu ini dengan tenang dan matang patut dijadikan contoh.
Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook. Rujukan kami: Tiktok
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Megat AzriPenulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.