Connect with us

Oh! Media

Penjelasan Isu Gerbang Majlis Perkahwinan Ikut Yahudi

Umum

Penjelasan Isu Gerbang Majlis Perkahwinan Ikut Yahudi

Assalamualaikum..

ADVERTISEMENT

Baru-baru ni, saya nampak ramai yang berkongsi mengenai penggunaan pintu gerbang ketika majlis perkahwinan. Ada yang menyatakan bahawa penggunaan pintu gerbang ini menyerupai majlis perkahwinan masyarakat Yahudi.

Awal-awal saya baca post mengenai ini, saya tersenyum seketika dan berfikir, apa yang membuatkan pintu gerbang ni boleh merosakkan akidah sebagai umat Islam. Bagi saya pintu gerbang ini hanya sekadar dekorasi sahaja, untuk menunjukkan laluan yang akan dilalui pengantin. Setahu saya, tidak ada kesan apa-apa pun bila pasangan Islam melalui pintu gerbang ini. Bukannya bila lalu bawah gerbang tu, automatik jadi suami isteri yang sah. Puas saya fikir apa yang salahnya?

Disebabkan rasa ragu-ragu (iye la, nak sebarkan maklumat kena la sahih kan, nanti jadi fitnah dan umpama perbodohkan orang lain, dan kita pun jangan la main ikut je orang kata salah, terus percaya 100% tanpa selidik), saya terus melakukan sedikit pengajian tentang adat perkahwinan masyarakat Yahudi. Saya jumpa website ni http://www.aish.com/jl/l/m/48969841.html . Lepas baca, terus tersenyum.

Rupanya orang yang buat statement pintu gerbang ni tak tahu perkara sebenar. Pintu gerbang yang dimaksudkan tu sebenarnya adalah kanopi kecil yang dipanggil Chuppah/Huppah, bukannya pintu gerbang. Di bawah Chuppah ni la pasangan Yahudi akan dikahwinkan mereka sebagai simbol rumah pasangan baru akan dibina bersama-sama. Jadi kalau nak bezakan perkahwinan masyarakat Kristian dan Yahudi, Kristian langsungkan perkahwinan mereka di dalam gereja, manakala Yahudi di bawah Chuppah. Chuppah ye, bukan pintu gerbang.

Tapi statement ‘majlis perkahwinan yang simple itu lebih baik’ , saya 100% setuju. Lebih simple, lebih berkat sebab tak menunjuk-nunjuk. Janji jamu la tetamu dengan makanan yang baik-baik. Jangan sampai nak grand wedding, tapi makanan bagi yang dah rosak sampai tetamu cirit-birit. Tak ikhlas menjamu tetamu tu. Heheh.

Jadi , mohon semua jangan tersilap mengenai isu pintu gerbang ni ye.. Wedding planner pun tak perlu pening-pening lagi..

– Artikel penulisan Nur Hazirah ‘Aqilah Ramli Hezy. Jika anda mempunyai penulisan berkenaan sesuatu topik dan ingin ianya dipaparkan di website ini, sila emailkan kepada kami di [email protected]

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas