
Oh! Negara
DS Najib Razak Terima Sokongan Paling Tinggi, Kembali Pimpin Negara
Undian di Threads pilih Najib Razak sebagai calon paling ramai disokong untuk mentadbir negara.
Najib Razak, Bossku… Satu undian yang dibuat di platform Threads baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila ia meminta orang ramai memilih siapakah individu yang layak untuk mentadbir negara pada masa akan datang.
Apa yang menarik, nama-nama yang disenaraikan dalam poll tersebut bukan calang-calang antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun, keputusan undian ini ternyata mengejutkan ramai apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak muncul sebagai individu yang menerima paling banyak undian, iaitu sebanyak 51 peratus!
DS Najib Razak dapat undian tertinggi tapi ada pula tak puas hati…
Meskipun Dato’ Seri Najib menjadi pilihan utama dalam poll tersebut, ruangan komen pula dipenuhi dengan suara-suara warganet yang menyuarakan pandangan berbeza.
Rata-rata netizen dilihat lebih cenderung untuk melihat wajah-wajah baru memimpin negara, khususnya daripada kalangan pemimpin muda.
Antara nama yang disebut termasuklah Khairy Jamaluddin dan YB Syed Saddiq, dua figura muda yang sering disebut-sebut sebagai calon masa depan yang mampu membawa pembaharuan dalam politik tanah air.
Perdebatan politik di media sosial semakin rancak…
Fenomena poll seperti ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, semakin aktif mengambil bahagian dalam diskusi politik di media sosial.
Walaupun hasil undian bukanlah rasmi atau menggambarkan pendirian majoriti secara mutlak, ia tetap memberi gambaran bahawa sentimen rakyat terhadap pemimpin negara sangat pelbagai dan dinamik.
Apa pun, soal siapa paling layak memimpin negara masih bergantung kepada mandat rakyat melalui pilihan raya yang sah dan bukan semata-mata melalui poll di media sosial.
Pssttt! Kadang-kadang, satu poll ringkas pun boleh buka mata kita tentang hala tuju dan kehendak rakyat. Tapi korang, kalau nak pilih pemimpin pun, biarlah berdasarkan rekod, integriti dan visi masa depan, bukan sekadar nostalgia atau populariti semata-mata. Dan yang paling penting, jangan lupa turun undi bila tiba masanya nanti. Suara kita di kertas undi jauh lebih berkuasa daripada poll online!
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
