Connect with us

Oh! Media

Pilihan e-hailing terbaru, Lalamove

Branded

Lalamove Mengembangkan Ride-Hailing Di Lembah Klang, Menjadikan Perjalanan Lebih Mudah

Untuk korang yang belum tahu, platform penghantaran terkemuka, Lalamove, mengumumkan pengembangan perkhidmatan mereka menerusi pelancaran perkhidmatan ride-hailing yang dinanti-nantikan di Malaysia.

Lalamove Menawarkan Khidmat Pengangkutan & Penghantaran, Berbaloi Semua Dalam Satu Aplikasi 

Menerusi khidmat pengangkutan terbaru ini, Lalamove kini boleh menghubungkan pengguna dengan rakan kongsi pemandu yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang navigasi trafik bandar. 

Justeru, pengguna boleh bergantung pada Lalamove untuk memudahkan pengambilan segera dengan melalui laluan yang lebih efisien, menjadikan perjalanan lebih pantas.

Memandangkan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran boleh diakses dalam satu aplikasi, ia memberikan pengguna kelonggaran untuk bertukar antara menempah perjalanan atau menjadualkan penghantaran tanpa perlu menukar kepada aplikasi berbeza. 

Dengan menyelaraskan pengalaman pengguna, ia dapat menjimatkan masa supaya pengguna dapat menikmati perjalanan ulang-alik sepenuhnya, dengan mengetahui bahawa mereka mempunyai pilihan pengangkutan yang boleh dipercayai, hanya di hujung jari.

Membuka Lembaran Baru Untuk Pertumbuhan Profesional & Kewangan Untuk Rakan Kongsi Pemandu

Selain itu, Lalamove juga giat mengembangkan tawaran perkhidmatan mereka untuk rakan kongsi pemandu kereta supaya mereka boleh mengakses peluang pendapatan yang lebih luas. 

Menerusi proses permohonan yang mudah membolehkan rakan kongsi pemandu menyepadukan keupayaan ride-hailing bersama operasi penghantaran semasa hanya menggunakan satu platform Lalamove.

Dengan mempelbagaikan permintaan perjalanan dan pesanan penghantaran, rakan kongsi pemandu boleh memanfaatkan keperluan pengangkutan yang berkembang di pasaran tempatan dan menambah pendapatan mereka.

Menurut Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, perkhidmatan ride-hailing terbaru Lalamove ini dapat menangani cabaran pengangkutan yang sering dihadapi oleh penumpang di Lembah Klang, seperti kelewatan pada waktu kemuncak serta cuaca tak menentu. 

Katanya lagi, Lalamove menyasarkan untuk memudahkan perjalanan harian dengan menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna, selain memberi peluang pendapatan lebih banyak kepada komuniti rakan kongsi pemandu.

Dalam pada itu, komitmen Lalamove terhadap keterjangkauan dan penetapan harga yang telus dapat meningkatkan lagi cadangan nilai kepada pengguna, menerusi anggaran tambang pendahuluan di mana pengguna boleh merancang kewangan sewajarnya sebelum menempah.

Dedikasi platform Lalamove terhadap kemudahan, kecekapan dan keterjangkauan menetapkan standard baru untuk pengangkutan atas permintaan, membolehkan pengguna menavigasi bandar mereka dengan lebih mudah dan pantas.

Panduan pengguna untuk memesan perjalanan dengan aplikasi Lalamove.Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lalamove: https://www.lalamove.com/en-my/ride

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas