Connect with us

Oh! Media

Arrora Salwa Dikecam Baling Buku Anak Tiri, Ini Apa Kata Tuan Badan

Ohmedia arrora Salwa

Oh! Artis

Arrora Salwa Dikecam Baling Buku Anak Tiri, Ini Apa Kata Tuan Badan

Arrora Salwa pertahan diri selepas dikecam netizen kerana membaling buku kepada anak tiri.

Penyanyi, Arrora Salwa akhirnya tampil memberi penjelasan selepas videonya membaling buku ke arah anak tiri tular dan dikecam hebat netizen. 

Menerusi satu video di TikTok, Arrora mempertahankan tindakannya yang dilihat keras oleh sesetengah pihak.

Engkau hanya nampak yang aku baling buku je, dek. Tapi kau tak tahu cerita penuh.

Anak tiri tinggal bersama, bukan dengan ibu kandung

Menurut Arrora, meskipun remaja tersebut adalah anak tiri, dia tetap bertanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang ibu kerana anak itu tinggal bersamanya 24 jam, bukan bersama ibu kandung.

IKLAN

Aku adalah mak tiri yang bertanggungjawab untuk memastikan anak aku berjaya.

Arrora Salwa kata anak sendiri pun kena marah

Arrora Salwa

Arrora turut dedahkan bahawa anak kandungnya sendiri juga pernah dikenakan teguran tegas, termasuk dimarahi kerana prestasi peperiksaan yang tidak memuaskan.

Saya cakap dengan dia, result kamu ni memalukan mummy. Do something.

Tambah Arrora lagi, setiap anak dan remaja berbeza, jadi pendekatan mendidik juga tidak boleh disamaratakan. Namun begitu, dia tetap menegaskan bahawa tindakan mencederakan anak adalah salah.

Jangan kasar sampai mencederakan anak, itu tak boleh dan sangat salah.

Pssttt! Mendidik anak memang mencabar, tapi caranya perlu berhikmah. Tegas boleh, tapi jangan sampai mengundang trauma. Anak-anak perlukan bimbingan, bukan tekanan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas