Connect with us

Oh! Media

Pengarah Hospital Wuhan Turut Jadi Mangsa Koronavirus

Trending

Pengarah Hospital Wuhan Turut Jadi Mangsa Koronavirus

Sehingga kini negara China masih bergelut dengan penyebaran wabak koronavirus yang bermula di wilayah Wuhan. Dalam pergelutan ini juga, sudah ramai rakyat China, termasuk doktor yang berjuang untuk melawan wabak telah terkorban.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Ketua hospital utama di bandar Wuhan iaitu Dr Liu Zhiming telah dilaporkan meninggal dunia. Beliau juga merupakan Pengarah Hospital Wuhan dan kematiannya Zhiming telah diumumkan Suruhanjaya Kesihatan Hubei sebelum ini, namun ditarik semula kerana mereka masih berusaha menyelamatkannya.

Awal bulan lalu, jutaan rakyat China bersedih di atas kematian seorang pakar mata Dr Li Wenliang yang memberi amaran awal tentang kewujudan Covid-19.

Nampaknya masih tiada sebarang tanda yang wabak ini akan berhenti dan sebanyak 1,873 kematian dan 73,428 kes di dalam dan luar China telah direkodkan.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas