Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Jepun Beri 2,000 iPhone Kepada Penumpang Kapal Cruise Kerana Koronavirus!

Ohmedia iphone 1png

Trending

Kerajaan Jepun Beri 2,000 iPhone Kepada Penumpang Kapal Cruise Kerana Koronavirus!

Sumber gambar dari twitter @masujun

Seperti mana kita tahu, kes melibatkan wabak koronavirus semakin menjadi-jadi sehinggakan berlaku satu kejadian dimana semua penumpang sebuah kapal persiaran tidak dibenarkan untuk turun kerana ada penumpang lain yang dijangkiti wabak berkenaan.

Kapal berkenaan dikenali sebagai Diamond Princess Cruise yang memulakan perjalanan pada 20 Januari dari Yokohama, Jepun kemudian singgah negara berisiko wabak, Hong Kong, dan kembali ke Yokohama pada 4 Februari sebelum dikuarantin.

Menurut info, lebih 3,500 penumpang serta krew dikuarantin selama seminggu di kapal berkenaan dan mencatatkan 170 kes.  Penumpang yang dikuarantin semakin gelisah kerana perkhidmatan bilik, makanan serta ubat-ubatan semakin berkurangan diatas kapal dengan membuat posting di Twitter.

IKLAN

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Jepun melalui Kementerian Kesihatan Jepun, Buruh, Kebajikan dan Syarikat Softbank Telekom Jepun akan mengagihkan iPhone sebanyak 2,000 unit untuk setiap satu kabin. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna meminta ubat-ubatan, atur perjumpaan dengan doktor dan terima maklumat dari pegawai kesihatan dengan aplikasi yang tersedia didalamnya.

iPhone ini diberikan bagi membolehkan pengguna menggunakan aplikasi tersedia berkenaan kerana telefon pengguna sedia ada mungkin tidak dapat menggunakan aplikasi berkenaan kerana didaftarkan di negara lain selain Jepun.

OHMEDIA: TIDAK DINAFIKAN JEPUN SENTIASA TERKEHADAPAN BILA BAB-BAB TEKNOLOGI, TAPI OHMEDIA HARAPKAN AGAR SEMUA PENUMPANG DAN KREW KAPAL BERKENAAN KEMBALI SIHAT DAN BEBAS DARI WABAK KORONAVIRUS.

Sumber: Bussines Insider | 9To5Mac

+ Baca respon pembaca kerajaan beri 2,000 iPhone kepada penumpang kapal di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas