Muhd Syahril. Usianya tidak panjang . Kena diarhea …Pada waktu itu hospital jauh dari rumah iatu dalam jarak 32 batu dan terpaksa menempuh jalan berliku liku. Oleh kerana lewat mendapat rawatan rapi,takdirnya adik telah meninggal dunia.”

Catatan kisah sedih daripada Ummi Siti Kartiwi Zainal Abidin Abidin. Almarhum ayahanda beliau merupakan salah seorang wira askar Melayu yang telah terkorban dalam Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Disember 1963. OC C Kompeni 3 RAMD, Allahyarham Mejar Zainal Abidin b. Yaacob (5415) bersama anggotanya telah berjuang bermati matian mempertahankan kedudukan mereka yang telah diserang musuh. Pertempuran yang berlangsung selama beberapa jam sejurus selepas waktu Maghrib itu, tidak sedikit pun melunturkan semangat Askar Melayu untuk terus berjuang bermati matian. Kekuatan musuh seramai 200 orang lebih kurang dan di pihak Askar Melayu seramai 40 orang…tidak seorang pun yang berganjak ataupun menyerah kalah. Arah serangan dari pelbagai arah, ( dari bawah berek, celah dinding papan tembakan dilepaskan) di balas dengan tembakan pertahanan dan juga serangan balas.
Seperti mana yang diceritakan kepada saya oleh Pakcik Mohamed Nafiah bin Yahaya ( 10586) yang turut terlibat dalam pertempuran yang sama,, beliau memberitahu serangan yang berlaku cukup hebat. Rakan rakannya bertempur dengan penuh semangat, tanpa gentar.
Juga diberitahu sebelum serangan musuh telah melakukan penyamaran awal dan juga menggunakan muslihat untuk mengetahui bilangan kekuatan kompeni anggota batalion ke 3 RAMD yang berada di Kalabakan waktu itu.
Gugurnya Mejar Zainal Abidin bersama rakan yang lain sebagai perwira bangsa dilupa jangan.Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kecil Hulu , Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah. Setiap kita sebagai rakyat Malaysia berhutang nyawa dengan beliau dan kesemua perajurit kita kerana tanpa mereka, kita tidak akan mengecapi keamanan yang kita nikmati sekarang.
Semoga roh mereka dicucuri RAHMAT PAHALA yg mengalir berterusan bahagia sejahtera dalam balutan kasih sayang ALLAH yang Maha abadi …
aameennn Yaa Rabb ….
AL FATIHAH….
Perkongsian: Harun MdLudin