Connect with us

Oh! Media

Pakar Yakin Lee Chong Wei Mampu Kembali Pulih Sepenuhnya

Umum

Pakar Yakin Lee Chong Wei Mampu Kembali Pulih Sepenuhnya

Peluang Datuk Lee Chong Wei untuk sembuh daripada kanser hidung yang dihidapinya dan kembali beraksi di peringkat kompetitif cerah sekali gus harus menyalakan impian jaguh perseorangan badminton lelaki negara itu untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

ADVERTISEMENT

Pandangan itu disuarakan Perunding Klinik Onkologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr John Low Seng Hooi yang menyifatkan kanser yang dihidapi pemain berusia 36 tahun itu boleh dirawat dan peluang untuk pulih sepenuhnya adalah tinggi.

“Saya tiada maklumat penuh mengenai kanser hidung yang dihidapi Chong Wei kerana hanya mendapat tahu mengenai laporan berita tetapi kebiasaannya ia adalah Nasopharyngeal Cancer (NPC).

“Berita baiknya, NPC ini boleh dirawat dan peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Kaedah rawatannya tidak memerlukan pembedahan, sebaliknya hanya rawatan kemoterapi dan radioterapi.

“Jadi, saya percaya Chong Wei boleh kembali beraksi selepas rawatannya selesai, namun dia perlu berehat dulu sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan… paling baik enam bulan,” kata Dr John ketika ditemui Wartawan Meja Sukan NSTP, hari ini.

Chong Wei difahamkan sudah selesai menjalani rawatannya di Taiwan, Jumaat lalu dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi.

Jika semuanya berjalan lancar, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu dijangka boleh kembali beraksi sebaik pusingan kelayakan Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 1 Mei tahun depan.

“Ini kerana berdasarkan statistik kanser hidung ini, majoriti yang mengalaminya adalah kaum Cina. Sangat jarang kita temui kaum Melayu atau India menghidapinya.

“Selain itu, ia mungkin berkaitan faktor makanan seperti ikan masin. Orang Cina memang gemar makan ikan masin dan makanan yang mengandungi bahan pengawet.

“Faktor lain adalah disebabkan jangkitan kuman. Jadi, ia tiada kaitan dengan status Chong Wei sebagai atlet atau disebabkan tabiat merokok dan minum minuman keras,” katanya yang turut memaklumkan berdasarkan statistik kanser hidung kebiasaannya dialami pesakit dalam lingkungan usia 30 hingga 40-an.

Sumber: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas