Connect with us

Oh! Media

Militan Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Letupan Bom di Gereja

Ledakan bom ganda guncang filipina selatan 684940 1jpg

Umum

Militan Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Letupan Bom di Gereja

Letupan bom yang berlaku di gereja Katolik Filipina di kepulauan majoriti Islam semalam telah mengorbankan 20 orang dan Militan Daesh dikatakan telah mengaku bertanggungjawab ke atas letupan serentak berkenaan.

Serangan di pulau Jolo itu dilakukan kurang seminggu selepas pengundi menolak kemasukan militan dalam kawasan autonomi Islam, pungutan suara yang diluluskan majoriti di bahagian lain kumpulan kepulauan Mindanao yang termasuk Jolo.

Kerajaan majoriti Kristian itu selama berdekad menentang kumpulan pemisah seperti Abu Sayyaf.

IKLAN

Bom buatan sendiri itu telah diletakkan dan diletupkan semasa penganut Kristian sedang berkumpul di Cathedral of Our Lady of Mount Carmel di Jolo, ibu kota kepulauan Sulu, kata jurucakap tentera, Kolonel Gerry Besana.

Bom yang meletup serentak itu telah diletakkan di dalam gereja dan satu lagi meletup berhampiran lot parkir ketika orang ramai sedang bergegas keluar.

Komander polis, Ketua Superintendan Graciano Mijares, berkata tengah hari semalam, 20 maut, lima daripadanya tentera yang mengawal gereja itu manakala 81 cedera termasuk 16 pegawai polis dan askar.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas