Connect with us

Oh! Media

Luahan Hati Seorang Sasterawan, A Samad Said

Umum

Luahan Hati Seorang Sasterawan, A Samad Said

Siapa tidak kenal dengan Sasterawan Negara (SN), iaitu Datuk Seri A Samad. Baru-baru ini beliau meluahkan rasa kecewa dan kesedihannya apabila bagai tidak dihargai di tanah air sendiri.

ADVERTISEMENT

Ini berlaku kerana karya mereka tidak dibeli dan dipandang oleh siapa-siapa walaupun ramai mengatakan rasa sayang dan sering disebut-sebut.

“Buku saya jarang digunakan (di sekolah) dan saya sudah beritahu Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) minggu sudah.

“Beliau mengerti dan saya mengerti, itu saja. Kita masih pada tahap mengerti tetapi belum lagi sampai tahap berbakti dan ini adalah kesedihan saya.

“Sebab itu saya banyak berlegar dalam khalayak Cina. Bukan mahu memuji tetapi sastera negara secara anehnya, dihidupkan oleh masyarakat Cina,” katanya pada Program Kalam Karyawan Siri 2: Menelusuri Karya Sasterawan di Anjung Bestari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini.

A Samad berkata, dunia sastera tanah air kini tidak dipandang dan menjadi tanggungjawab pejuang bahasa, seni dan budaya untuk mengubah keadaan itu.

“Saya diberitahu dua karya saya kini dalam proses dicetak. Saya tidak mahu tanya (kepada mereka mengenainya)

“Bagaimanapun cukupkah (setakat) dua buku oleh SN berusia 86 tahun yang akan pergi pada bila-bila masa ini untuk diperkenalkan kepada anak cucu?

“Berbuih mulut bercakap dan saya akan tetap bercakap juga. Namun, saya tahu apa kesudahannya. Dunia sastera itu tidak dipandang dan itulah nanti akhirnya,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas