Connect with us

Oh! Media

Kekurangan Bekalan Menjadi Alasan Harga Telur Terus Meningkat

Umum

Kekurangan Bekalan Menjadi Alasan Harga Telur Terus Meningkat

Eksport ke negara jiran secara berlebihan menyebabkan bekalan telur ayam berkurangan menjadi punca harga dinaikkan setiap minggu sehingga mencecah 43 sen hingga 46 sen sebiji bersamaan RM13 hingga RM13.80 sepapan untuk gred A.

ADVERTISEMENT

Pekerja pasar mini di Kluang yang hanya dikenali Latif, 30, berkata, alasan itu digunakan pembekal setiap kali menghantar bekalan telur ke kedainya setiap minggu menyebabkan pihaknya tiada pilihan sehingga terpaksa menaikkan harga jualan.

“Minggu lepas, harga telur ayam dapat dijual sekitar RM12.90 hingga RM13.50 untuk 30 biji (satu papan), tetapi pada minggu ini harganya semakin naik di antara satu atau dua sen sebiji dan alasan diberikan adalah sama iaitu tidak cukup bekalan.

“Kenaikan ini tidak terhad kepada telur ayam gred A semata-mata, malah turut melibatkan gred B hingga D dengar kadar yang hampir sama menyebabkan ada kedai hanya menjual gred A sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesan dari itu, ramai peruncit kecil tidak dapat menjual kerana terpaksa menjual dengan harga yang agak tinggi dan ia menyebabkan pengguna akan memilih untuk membeli di pasaraya kerana ia jauh lebih murah walaupun masih menghadapi sedikit kenaikan.

Sementara itu, Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam ketika dihubungi berkata, pihaknya masih mengekalkan harga jualan telur pada kadar RM12.20 sepapan berbanding RM11.60 sebelum ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas