Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Hotel Termurah Di China Yang Sangat Sesuai Untuk Pelancong Backpackers

Umum

(Gambar) Hotel Termurah Di China Yang Sangat Sesuai Untuk Pelancong Backpackers

Ramai yang ingin melancong, tapi pening kepala kerana pastinya akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Kebiasaanya kita akan banyak menghabiskan wang untuk pengangkutan dan penginapan. 
Jadi kali ini, Oh! Media akan mendedahkan rahsia menarik kepada anda yang bakal melancong di negara China, dan tips ini sudah pasti akan menjimatkan banyak wang anda. 
The  Scape Capsule Hotel yang terletak di Taiyuan antara hotel yang sangat unik kerana meneyediakan bilik hotel yang sangat murah dan sesuai untuk golongan muda yang melancong secara backpackers. Hotel ini hanya mengenakan bayaran £ 7 ($ 10,59) untuk satu malam. Murah kan?
Namun, jangan terkejut, walaupun kecil dalam setiap kabin mempunyai peralatan seperti Televisyen,  cermin, penggera asap, penggantung baju, meja computer kecil, plug soket, dan kipas. Malah, setiap penghuni dapat mengakses wifi yang pihak hotel sediakan. Hah cool kan? 

ADVERTISEMENT

 
Menurut pengurus hotel iaitu Xu Meijang, konsep hotel ini telah diilhamkan untuk membuka perniagaan yang luar biasa kerana jumlah pelancong amnya golongan muda yang memerlukan penginapan yang berpatutan untuk bermalam di kawasan itu.
—————————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas