Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Remaja Bakar Kucing Insaf, Dikenakan Bon Kelakuan Baik

Sebelum ini, tular di media sosial tentang seorang remaja sengaja membakar seekor anak kucing di sebuah flat di Hulu Langat.

BACA: Lagi Kes Aniaya, Kali Ini Seorang Individu Bertindak Membakar Seekor Anak Kucing!

IKLAN

Terbaru, Berita Harian melaporkan remaja tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan bon kelakuan baik.

Kesalahan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Peguam yang mewakili remaja tersebut, Teong Hooi berkata penasihat mahkamah juga menasihatkan remaja itu untuk fokus dalam pelajaran selain daripada menjadi orang baik.

Tertuduh menangis ketika diberi nasihat dan memohon maaf selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.

Tertuduh diingatkan berhati-hati dalam memilih kawan dan mengambil pengajaran daripada kejadian itu dan tidak ada seorang pun kawannya hadir melainkan ibunya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan remaja terbabit hadir ke bengkel interaktif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama ibunya dan juga dilarang kelaur rumah antara 10 malam hingga 6 pagi selama setahun.

Remaja tersebut juga difahamkan meminta untuk didaftarkan ke sekolah dan akan memulakan sesi pembelajarannya ke tingkatan dua tahun depan.

Dia tak berani keluar rumah lagi dan sudah mula menyayangi kucing, malah ada meminta untuk membela seekor kucing bagi menebus kesalahannya.

Alhamdulillah pelaku pun dah insaf. Apapun mari kita doakan supaya dia tak buat lagi perkara kejam macam ni.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas