Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Peguam Dia Pun Bukan Calang-Calang” – Bekas Pembantu Aliff Syukri Tak Cukup Duit Cari Peguam

Sebelum ini kecoh di media sosial tentang Datin Nur Shahidah memfailkan saman fitnah terhadap bekas pembantu suaminya. Apa kesudahannya?

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Ini Dakwa Ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Amal Ilmu Hitam Untuk Kekal Cantik?

Menerusi laporan mStar, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani merayu agar hakim memberikannya tempoh sebulan untuk mencari peguam.

Difahamkan, dia tidak cukup duit untuk melantik peguam dan disebabkan itu dia membuat kaputusan untuk meminta maaf kepada bekas majikannya.

Saya cakap pada peguam plaintif, kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, saya cuma nak hidup tenang. Kes ni membuatkan saya tertekan.

Tak bolehkah kita hidup aman damai seperti biasa? Saya hanya manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan.

Datin Nur Shahida tampil bersuara

Enggan menimbulkan sebarang spekulasi, isteri kepada usahawan sensasi, Datin Nur Shahida tampil mendedahkan Melati ada peguam ketika perbicaraan berlangsung namun kesemuanya hilang selepas dia kalah.

Ni bukan kes tentang kaya ke apa… sebab masa bicara kes, dia ada peguam. Peguam dia pun bukan calang-calang.

Ini bukan isu tidak ada pertimbangan, sebelum ini saya pernah whatsapp peribadi kenapa buat macam ini tapi tiada respons. 

Lepas tindakan penjara keluar kenapa baru nak menggelupur.

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa syukur apabila menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap bekas pembantu peribadi itu.

Kredit: mStar | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas