Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

“Itu Mak Kau Yang Bod*h” – Dihina Makcik Tak Dikenali Sebab Tak Minta Hantaran

Makin banyak pula ye sekarang pasal perdebatan tentang jumlah hantaran. Ada yang nak hantaran mahal dan ada juga yang tak mahu langsung. Macam-macam hal lah…

BACA: Lelaki Kesal Bakal Ibu Mentua Naikkan Hantaran RM14k Kepada RM18k Selepas PMX Umum Naik Gaji

IKLAN

Seorang wanita berkongsi dirinya dihina oleh seorang makcik surau yang tidak dikenali hanya kerana tidak meletakkan sebarang duit hantaran.

Katanya, dia memberitahu makcik berkenaan dia tak mahu bebankan pihak lelaki dengan hantaran yang mahal apabila ditanya soal nilai hantaran di Terengganu.

Itu bukan tak nak bebankan pihak lelaki, itu mak kau yang bodoh namanya, bebal.

Paling-paling kat Johor ni RM10,000. Takkanlah kau takde.

@teacher_ninja

salah ke kalau family saya tak tetapkan hantaran. mak ayah saya selalu pesan jangan membebankan pihak lelaki. bagi semampunya saja.

♬ original sound – 🐌 Teacher Ninja 🐌 – 🐌 Teacher Ninja 🐌

Dia juga dilihat meluahkan rasa sedih apabila makcik itu menghina ibunya gara-gara ini.

Susulan itu, ruangan komen wanita ini dipenuhi dengan rasa simpati dari netizen dan ada juga yang berkongsi nasib yang sama.

Ingat ye kaum hawa, hantaran kahwin ni tak wajib, itu semuanya hanyalah adat. Jadi, jangan rasa terbeban jika ada hasrat tak mahu letakkan nilai.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas