Connect with us

Oh! Media

aizat amdan

Oh! Artis

Konsert Bruno Mars Di Malaysia, Aizat Amdan Tak Sokong Artis Pro-Israel

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai konsert artis antarabangsa terkenal, Bruno Mars yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 17 September.

Rata-rata netizen mengecam penganjuran konsert artis berkenaan yang didakwa pro-Israel. Namun begitu, ramai juga yang menyokong sehingga tiket sold out dalam masa singkat!

IKLAN

BACA: Daiyan Trisha Batalkan Semua Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

Terbaru, Aizat Amdan menerusi laporan mStar tegas dengan pendirian tidak akan hadir memberi sokongan kepada penyanyi tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin.

aizat amdan

Bagi Aizat, Bruno Mars memang seorang penyanyi yang hebat tetapi dia tidak akan tutup mata semata-mata mahu hadiri konsert.

Saya boleh je dengar lagu dia tapi sebagai manusia ada batasnya. Takkan kita nak ikut je kalau kita tahu dia adalah individu yang menyokong Israel.

Tegas Aizat, jika dah tahu seseorang artis itu menyokong zionis, orang ramai mempunyai hak untuk terus memboikot.

Secara peribadi, Aizat tidak mempunyai sebab untuk terus menyokong produk atau individu yang dipercayai menyumbang dana kepada pihak zionis.

Namun, Aizat tidak boleh mempertikaikan mengapa Bruno Mars memilih Malaysia untuk mengadakan konsert disebabkan ia diluar bidang kuasanya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas