Connect with us

Oh! Media

Hospital Swasta Diserbu KPDNHEP Jual Topeng Muka RM11.20 Sekeping

Trending

Hospital Swasta Diserbu KPDNHEP Jual Topeng Muka RM11.20 Sekeping

Jika sebelum ini ramai penjual topeng muka telah ditangkap kerana menjual melebihi harga siling RM1.50, hari ini sebuah hospital swasta pula kantoi menjual topeng muka pada harga paling tidak masuk akal iaitu RM11.20 sekeping.

ADVERTISEMENT

Pemeriksaan KPDNHEP ini dilakukan selepas mendapat aduan dari orang awam yang dikenakan caj sebanyak RM201.60 selepas membeli 18 keping topeng muka tiga lapisan.

Dalam pemeriksaan itu beberapa dokumen berkaitan transaksi termasuk pelitup muka telah disita daripada hospital swasta berkenaan untuk tujuan siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi kesalahan menjual atau menawarkan untuk menjual barang harga terkawal (topeng muka 3 lapisan) melebihi harga maksimum yang ditetapkan. Turut disiasat mengikut seksyen 14 akta yang sama iaitu mencatut dalam menjual atau menawarkan untuk menjual barangan (topeng muka 3 lapisan). – Kata Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.

Jika benar hospital swasta ini meletakkan harga yang mahal macam tu, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 dan jika didapati mengulangi kesalahan yang sama, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000,000.

Ohmedia paling tak faham dengan mereka yang sanggup mengambil kesempatan ke atas orang lain di waktu yang sukar macam ni semata-mata untuk kesenangan mereka. Kalau korang dapat maklumat yang serupa macam ni, boleh cepat-cepat buat laporan di talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca mengenai isu ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas