Connect with us

Oh! Media

Anita Sarawak Bercerai & Kembali Aktif Menyanyi di Las Vegas?

Umum

Anita Sarawak Bercerai & Kembali Aktif Menyanyi di Las Vegas?

Lama kita tidak mendengar berita tentang pelakon dan penyanyi hebat Anita Sarawak. Menurut sumber dari forum Cari, Anita didakwa telah berpisah dengan suaminya, Mahathir dan membawa diri ke Las Vegas.

ADVERTISEMENT

Pada tahun 2012, Anita pernah menyepikan diri kerana dikatakan mengubat hatinya yang luka pada ketika itu. Namun bekas pelakon dan model 80an, Noorkumalasari pernah menafikan penceraian Anita pada tahun 2014.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kepastian berita ini masih lagi samar-samar selagi ia belum mendapat mengesahan daripada tuan punya badan sendiri.

Sedikit bio tentang Anita Sarawak:

  • Pada 1985, Anita Sarawak memulakan kerjaya seninya di AS dengan mengikat kontrak dengan Caesar’s Palace di Las Vegas.
  • Selepas 20 tahun, Anita pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan karier seninya.
  • Sepanjang mengikat kontrak dengan stesen televisyen Astro, Anita mengendalikan rancangannya sendiri termasuk Chef Diva, Agensi Melor, Bersama Anita, Kwek Mambo Anita dan Astana.
  • Anita mengikat kontrak dengan KRU Studios sebagai artis rakaman dan mempunyai dua single berjudul Seksis dan Ular.
  • Kali terakhir Anita ditemui di majlis Minggu Setiausaha Divas Las Vegas pada 6 April tahun lalu sebelum menghilangkan diri.
  • Julai lalu, sekumpulan peminat mendakwa terserempak dengan penyanyi tersohor itu di sebuah pusat membeli-belah di Texas dengan berhijab tanpa ditemani suaminya.
  • OHMEDIA: Apapun, kami doakan yang terbaik buat Kak Nita. Seluruh peminat ramai yang merindui penyanyi hebat ini.

    Comments

    Lagi dalam kategori Umum

    Ke Atas