Connect with us

Oh! Media

“Yang Mana Kalah, Masak Lemak” – Lelaki Kongsi Bagaimana Dapat Idea Buat Lumba Siput Sedut

Ohmedia siput Sedut

Trending

“Yang Mana Kalah, Masak Lemak” – Lelaki Kongsi Bagaimana Dapat Idea Buat Lumba Siput Sedut

Pelik tapi benar! Tular di TikTok content menghiburkan daripada seorang lelaki yang membuat perlumbaan di antara siput sedut.

Lebih menarik lagi, sesi live perlumbaan tersebut mendapat tontonan yang tinggi sehingga mencecah hampir 20,000 penonton.

Menerusi video yang dimuat naik penyampai radio Keymi Hot FM, lelaki ini menceritakan semula bagaimana mendapat idea untuk menganjutkan perlumbaan tersebut.

IKLAN

Korang dengarlah sendiri, lawak betul!

Kongsi lelaki dikenali sebagai @Tansri_ash, pada mulanya ada seorang penjual datang menawarkan siput sedut di rumahnya dengan harga RM20.

Ketika itu, dia sedang membuat sesi live di TikTok yang hanya ditonton 10 orang.

Saya bayar, letak dekat tepi meja. Tiba-tiba siput sedut tu naik, dia nak keluar dari plastik. Saya tak ikat plastik tu. Saya pun ambil satu, saya letak atas meja.

Tiba-tiba viewer saya komen, kata ada siput sedut nak jatuh. Meja kan tinggi, dia berjalan nak turun ke bawah dah. Saya ambil letak dua tu bergandingan. Dia lawanlah dua tu dulu.

Tambahnya lagi, penonton live yang awalnya ditonton 10 orang tiba-tiba mencanak naik kepada 100 orang dan semakin tinggi.

Saya cakap yang mana kalah, masak lemak. Itu yang laju tu. Yang menang masuk next round.

Lelaki ini tidak menyangka rakyat Malaysia mudah terhibur dengan content yang sebegitu. Sampaikan ada yang Whatsapp berminat nak beli siput sedut tersebut!

Terdahulu, lelaki ini mula menjadi perhatian selepas mengulas perlumbaan siput sedut dengan menamakan pelumba mengikut negeri di Malaysia.

Tak perlu buat content pelik-pelik, macam ni pun sampai puluh ribu penonton tau..

Ohmedia siput Sedut

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @tansri_ash | TikTok keymihotfm


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas