Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Dicerai Suami Kerana Tertinggal Lengkuas Di Pasar

Trending

Warga Emas Dicerai Suami Kerana Tertinggal Lengkuas Di Pasar

Alam perkahwinan merupakan fasa yang paling ditunggu-tunggu oleh seseorang individu bagi mewujudkan ‘orang kedua’ dalam kehidupan kita.

ADVERTISEMENT

BACA: Gemar Ungkap Ayat Cerai Dengan Isteri, Suami Nekad Lafaz Talak 10

Namun, paling menjadi ketakutan pada fasa itu adalah melibatkan penceraian yang berlaku dan sudah semestinya ingin dielakkan oleh semua orang.

Kadang-kadang, proses penceraian juga boleh berlaku oleh sebab alasan yang remeh dan tidak masuk akal dibuat oleh sesetengah pihak

Cerai kerana tertinggal lengkuas

Namun, terdapat juga sebuah kejadian yang mana seorang isteri warga emas yang diceraikan oleh suaminya dengan menggunakan alasan yang tidak masuk akal.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd yang menceritakan sedikit pengalaman beliau dalam menghadapi kes cerai yang berlaku.

Menurutnya, pasangan tersebut membeli bungkusan lengkuas di sebuah pasar di Dungun sebelum disedari tertinggal semasa perjalanan pulang.

Disebabkan terlampau marah, suami yang tidak mahu berpatah semula ke pasar untuk mengambil lengkuas berkenaan tiba-tiba melafazkan cerai semasa di atas motosikal.

Di samping itu, terdapat juga pasangan yang bercerai kerana isteri menolak dari memakai seluar jeans.

Walaubagaimanapun, rata-rata suami menyesal dengan tindakan itu dan segera tampil ke mahkamah syariah bagi mengesahkan penceraian itu sebelum kembali rujuk dengan pasangan masing-masing.

Cerai akibat alasan remeh sentiasa berlaku

Menurut beliau, penceraian melibatkan alasan yang remeh dan tidak masuk akal sentiasa berlaku dalam kalangan masyarakat sejak dahulu lagi.

Oleh itu, beliau menasihati para lelaki agar sentiasa sabar dan tidak menggunakan lafaz talak secara melulu jika mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing.

Ketua Hakim Syarie Dunggun, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd

Hal itu kerana terdapat banyak kesan buruk yang akan berlaku termasuklah institusi rumah tangga yang dibina serta perkembangan anak-anak yang semakin membesar.

Jangan begitu mudah melafazkan perkataan cerai, sebaliknya suami perlu melihat pertimbangan lain dalam menyelesaikan masalah. 

Kaedah mendidik serta bergurau bersama isteri bukanlah dengan menggunakan ugutan talak, banyak pendekatan lain yang boleh dibuat seperti yang disaran oleh Rasulullah SAW.

Katanya, pasangan juga perlu mengamalkan sikap bertolak ansur serta tidak menyematkan perasaan ego dalam diri sendiri dalam sesebuah perkahwinan.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas