Connect with us

Oh! Media

Wanita Tak Percaya Anak Dah Meninggal Sebab Dengar Doktor Sebut ‘Alhamdulillah”

Trending

Wanita Tak Percaya Anak Dah Meninggal Sebab Dengar Doktor Sebut ‘Alhamdulillah”

Pilu dan hiba hati seorang ibu apabila anak istimewanya yang menghidap penyakit epilespy dan Cerebral Palsy meninggal dunia ketika mereka sedang mengerjakan ibadah Umrah.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru Selesai Tunai Umrah, Jemaah Rebah Sebelum Meninggal Dunia Di KLIA

Berita sedih itu dikongsikan seorang ibu bernama Dayang yang memaklumkan anak istimewanya itu meninggal dunia ketika tidur selepas selesai menunaikan solat subuh.

@dayangrrfitri Replying to @suzanazana188 ♬ original sound – akimszz_ – Akimszz_

Dayang yang dihubungi mStar memaklumkan bahawa detik sedih itu bermula selepas dia dan keluarga melihat anaknya, Muhammad Rikhail, 11 mula ‘kebiruan’ ketika sedang tidur sebelum dibawa ke hospital.

Sesampai sahaja di hospital, Dayang yang merupakan suri rumah itu tidak putus-putus mendoakan agar anaknya dapat diselamatkan oleh doktor yang merawatnya.

Dalam masa 20 minit doktor memeriksa, saya berasa lega apabila mendengar doktor ucap ‘Alhamdulillah’, namun jururawat tidak memberikan apa-apa tindak balas.

Namun alangkah terkejutnya Dayang selepas mendengar jawapan daripada mulut jururawat yang bertugas mula mencabut satu persatu wayar yang dipasang pada badan anaknya.

Maafkan saya puan, anak puan sudah meninggal dunia.

Dayang agak keliru dengan berita itu didatangi doktor yang sekali lagi mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

Sejurus selepas mendengar berita itu, Dayang dan suaminya, Rafify Raman, 41, terus ke bilik mayat sebelum arwah di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan.

Sedih tak dapat iring jenazah anak ke liang lahad

Dalam pada itu, Dayang juga berkongsi bahawa bukan sahaja dia tidak dapat memandikan jenazah anaknya kerana kaum wanita tidak dibenar mendekati jenazah lelaki malah dia juga tidak boleh mengiringi jenazah anaknya masuk ke masjid dan tanah perkuburan.

Saat mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang, saya nak menjerit sekuat-kuat hati tapi hanya mampu menangis kerana memikirkan masih dikelilingi orang-orang yang saya sayang.

Kekuatan yang datang tiba-tiba itu membuatkan diri saya terus tabah untuk menyusun barang-
barangnya tanpa ada yang tertinggal.

Berat untuk saya tinggalkan tanah suci Makkah kerana di situlah kenangan, pelukan, senyuman terakhir saya bersama satu-satunya anak lelaki, Muhammad Rikhail.

Kami Oh! Media mengucapkan takziah buat Dayang sekeluarga dan semoga adik Muhammad Rikhail ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: TikTok Dayang | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas