Connect with us

Oh! Media

Wanita Cetus Perdebatan Di Laman Sosial, Kaitkan Wabak Dengan Unsur Jin

22d23609 2f6e 43c7 9708 60480911139d

Trending

Wanita Cetus Perdebatan Di Laman Sosial, Kaitkan Wabak Dengan Unsur Jin

Selain daripada insentif kepada rakyat, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini juga ada menyentuh mengenai vaksin yang dijangka tiba ke negara kita pada penghujung Februari depan.

Seperti biasalah bila timbul saja isu vaksin ni, maka timbul lah juga pendapat-pedapat daripada geng anti vaksin. Suara mereka ini bagaikan tidak ada berpenghujung, malah mereka akan terus bersuara sehingga boleh menimbulkan perdebatan sesama netizen di Internet.

Baru-baru ni heboh di laman sosial apabila ada seorang wanita mencetuskan perdebatan apabila dia tampil dengan bermacam-macam dakwaan dan teori yang tidak masuk akal mengenai wabak Covid-19.

IKLAN
A40194d7 356a 4e7d b627 2092e32cd2fd

Wanita itu telah memuat naik beberapa kenyataan mengenai teorinya itu di Insta Stori dan akhirnya Insta Stori itu turut tular sehingga ke laman Twitter.

E820cbde cdc0 4a56 851a d327bd4eb051

Percaya tak kalau sis cakap, andai kata ada kematian selepas vaksin dicucuk di Malaysia, semua tu akan dirahsiakan?

Famili akan disogok atau diugut. Yang mendedahkan akan dibunuh, sampailah semua berjaya divaksin.

Yang selamat, yang terlepas masuk ke hutan, ke gunung-gunung dan gua. – Tulisnya di Instagram Story.

5f66be40 6a92 47eb 8177 257e19e9e810

Lebih mengarut, wanita itu turut mengaitkan kewujudan Covid-19 dengan unsur jin dan turut menyifatkan ianya sebagai sejenis senjata perang.

Covid-19 ni wujud. Jangan salah faham. Bukan menafikan kewujudannya. Covid-19 adalah senjata perang. Ia bukan virus fizikal semata-mata. 

Besertanya ada unsur jin. Boleh rujuk, ada beberapa guru pondok yang bersetuju dengan pandangan ini. – Tambahnya lagi.

5d6fb241 d50b 4450 9f92 4c9750be9c6d

Wanita itu turut menggesa kerajaan agar semua prosedur operasi standard (SOP) dimansuhkan dan memohon supaya kebebasan rakyat dikembalikan.

Rata-rata netizen di Twitter dilihat telah meluahkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan dakwaan wanita itu.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai @sidchan itu telah di ‘retweet’ sebanyak 4,000+ oleh netizen di Twitter.

7fccddfa 7bbb 493e bc09 a21f6cb30e8d
D94f6c10 b2fb 4e88 a6e3 75f1b51a4f81
2ecc9eaf 4bb7 4556 a2b9 e3b69c032d74
D7ad14b4 7a68 4d8a 8e3f 15b5bce764d0

Buat pembaca-pembaca diluar sana, ini ada sedikit nasihat; “Baca boleh, percaya jangan”.

Kredit: @sidchan

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas