
Trending
Wanita Didakwa Punca Cerai Fazura-Fattah Ganggu Suami ‘Influencer’ Pula, Siap Ajak Masuk Bilik?
Buku bertemu ruas! Influencer Elcah dedah wanita punca cerai Fazura-Fattah ganggu suaminya.
Sejak semalam, media sosial kecoh dengan pendedahan mengejutkan daripada influencer popular, Elcah, yang mendakwa seorang wanita cuba mengganggu rumah tangganya.
Lebih panas, wanita itu dikatakan dengan bangga mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon terkenal, Fattah Amin!
Elcah mengamuk, hijab stylist didakwa cuba sondol suami

Apa yang lebih mengejutkan, dakwaan tersebut turut mengaitkan punca keretakan rumah tangga Fattah bersama bekas isterinya, Fazura.
Malah, wanita yang didakwa sebagai ‘perosak’ itu juga merupakan hijab stylist kepada Fazura sendiri. Aduh, panas betul!
Tak cukup dengan itu, suami kepada Elcah sendiri iaitu Afi turut menyelar tindakan melampau wanita itu. Wanita itu didakwa memburukkan Elcah supaya diceraikan.

Fazura teruk dikecam, netizen mula buka mata

Sebelum ini, Fazura dikatakan menjadi mangsa keadaan apabila satu Malaysia menyalahkannya dalam isu penceraian. Netizen ketika itu berpihak kepada Fattah hingga Fazura teruk dihentam dari pelbagai sudut.
Kini dengan pendedahan Elcah, ramai mula bersimpati dengan Fazura yang selama ini hanya berdiam diri walaupun mungkin menjadi mangsa sebenar.
Pssttt! Kalau benar dakwaan ini, kasihan Fazura yang selama ini dihukum tanpa tahu cerita sebenar. Mungkin sudah tiba masanya netizen berhenti buat andaian tanpa usul periksa dan lebih berhati-hati sebelum mengecam.
Kredit: Threads Elcah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
