Connect with us

Oh! Media

Trending

Wanita Sedia ‘Google Form’ Untuk Cari Jodoh, Siap Tanya Gaji Dan Tempat Kerja Undang Kecaman!

Zaman sekarang, macam-macam cara orang buat untuk cari jodoh. Ada yang swipe kanan kiri di dating apps, ada yang bergantung pada jodoh mak ayah, dan ada juga yang buat hantaran pelik-pelik di media sosial untuk tarik perhatian.

Terbaru, tular di laman sosial X, seorang wanita tempatan telah membuat sesuatu yang lain daripada yang lain iaitu dengan menyediakan Google Form untuk lelaki yang nak jadi pasangannya!

IKLAN

Bunyi macam menarik kan? Tapi tunggu dulu, borang tersebut siap minta maklumat gaji, alamat rumah dan tempat kerja sekali! Eh, biar betul. Selamat ke?

Borang cari jodoh atau perangkap privasi?

Menurut hantaran oleh @theanggunz, katanya dia sedang ingin mencari pasangan tetapi tidak tahu bagaimana hendak memperkenalkan diri.

Jadi, wanita tersebut mengambil langkah ‘bijak’ dengan membuat ‘Google Form’ bagi sesiapa yang berminat untuk berkenalan dengannya.

Ahahah seriously i tak tahu nak tulis apa, but you may fill up your details dekat dalam form ni.. InshaAllah i try catch up one by one – Katanya

Pada mulanya, ramai yang menganggap ini hanyalah sekadar trend. Tetapi netizen tidak semudah itu untuk digula-gulakan.

Rata-rata netizen melabelkan wanita itu sebagai ‘red flag’ kerana borang tersebut bukan sekadar bertanyakan nama atau minat, tapi siap minta maklumat peribadi seperti:

  • Nama penuh
  • Gaji dan komitmen bulanan
  • Tarikh lahir
  • Alamat rumah dan tempat kerja

Netizen kecam, boleh melanggar undang-undang!

Selepas Google Form itu tular, ramai yang mempertikaikan tentang maklumat dan data peribadi.

BACA: Ini Taktik Baru Scammer Songlap Wang Tanpa Sedar, Hati-Hati Semua!

Ada yang menyatakan tindakan wanita ni mungkin melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kerana minta maklumat sensitif tanpa perlindungan privasi yang sepatutnya.

Ini memang isu serius berkaitan PDPA. Jangan sesekali guna Google Form untuk kumpul maklumat peribadi. Harap-harap tak ada sesiapa yang dah isi borang tu! Google Form bukan dibuat untuk simpan maklumat sensitif. Ia mudah disalahgunakan untuk pencurian identiti atau penipuan kewangan. – Netizen

Cari jodoh ke cari customer?

Plot twist terbesar muncul bila ada netizen bongkar bahawa wanita tersebut sebenarnya penjual emas! Sekali gus, ramai mula syak ini semua tak lebih dari taktik pemasaran bisnesnya sahaja.

Daripada niat ingin mencari cinta, netizen mula tersedar dan percaya bahawa motif sebenar wanita itu adalah kerana mahu mengumpul data pelanggan untuk jual emas! Haa, siapa yang dah isi borang tu mesti menyesalkan?

#OhmediaNasihat

Jangan mudah dedahkan maklumat peribadi kepada orang asing. Tak kira dalam Google Form, laman web, ataupun dalam perbualan dengan orang yang baru dikenali.

Mencari jodoh memang mencabar, tetapi hati-hati supaya tidak tertipu! Ingat, data peribadi kita bukan benda yang boleh diberi sewenang-wenangnya, jaga baik-baik supaya tidak menyesal di kemudian hari!

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: X @theanggunz


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas