Connect with us

Oh! Media

[VIDEO] ‘Abang Dengan Adik Kuarantin, Mak Di ICU, Ayah Baru Meninggal Dunia’

Trending

[VIDEO] ‘Abang Dengan Adik Kuarantin, Mak Di ICU, Ayah Baru Meninggal Dunia’

Kehilangan orang tersayang merupakan satu ujian yang sangat perit untuk diterima. Namun, sebagai seorang muslim seseorang hendaklah menerima takdir dengan reda dan berlapang dada.

ADVERTISEMENT

Seperti perkongsian individu ini, bapa kepada pesakit yang dikuarantin di MAEPS Serdang telah meninggal dunia. Menerusi video berdurasi 1 minit dan 27 saat itu, arwah dimaklumkan meninggal dunia kerana jangkitan virus Covid-19.

https://twitter.com/yourmang0/status/1349677070989684741?s=28

Sumbangan khairat kematian salah seorang pesakit covid di Maeps Serdang.

Kesian adik ni. Abang dengan adik ni kena kuarantin. Mak dia ICU. Ayah dia baru sahaja meninggal dunia 11.50 tadi. Harap semua dapat sedekahkan al-Fatihah untuk adik ni.

Alhamdulilah adik ni kuat semangat dia. So kitaorang decide untuk buat sumbangan kilat untuk adik ni.

Mendapat lebih 20k retweet, orang ramai terharu melihat pesakit-pesakit lain tidak putus-putus memberikan semangat buat adik ini. Dia juga kelihatan sangat tenang dan sempat senyum.

https://twitter.com/yourmang0/status/1349750469388689413
https://twitter.com/yourmang0/status/1349751572738129922

Mereka turut membantu dengan membuat kutipan sumbangan kilat untuk meringankan beban yang ditanggung adik ini dan keluarganya. Lebih mengharukan apabila pesakit-pesakit yang lain membacakan surah Yassin kepada arwah bapa.

Kredit: Twitter yourmang0

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas