
Branded
Tunggu Bas Macam Biasa, Tapi Apa Yang Keluar Buat Ramai Terkejut!
Siapa je yang tak terkejut, kalau bas yang ditunggu-tunggu tu berubah rupa betul tak? Dah lah tengah panas terik, penat pula tu menunggu.
Yang peliknya, macam mana bas itu boleh bertukar menjadi penghawa dingin, siap keluarkan angin dan duit syiling lagi? Kalau korang dekat situ, korang tak terkejut ke? Apa dah jadi sebenarnya ni?
Menyamankan, Haier Hadir Dengan Penghawa Dingin Baru, Paling Penting Jimat Tenaga
Haa, tahu tak sebenarnya bas itu bertukar rupa menjadi penghawa dingin terbaru daripada Haier! Memang padanlah sebab dah lah cuaca waktu itu tengah panas terik!
Menariknya, kalau korang perasan, penghawa dingin itu siap boleh berubah warna daripada kelabu kepada merah jambu, dan akhirnya kepada biru cair tau. Maksudnya, korang ada tiga pilihan warna untuk ruang udara korang.
Psst, tak tahu nak pilih warna apa? Pilih saja ketiga-tiga warna sebab korang boleh tukar cover penghawa dingin dengan mudah dan pantas, mengikut citarasa dan mod korang pada waktu itu. Bestkan?
Lagi best, korang dah tak perlu pening kepala nak bayar bil elektrik melambung yang disebabkan oleh penghawa dingin, sebab penghawa dingin terbaru Haier ini mempunyai ciri AI ECO, di mana ia membantu untuk menjimatkan tenaga. Seriuslah?
Menerusi ciri AI ECO ini, bila korang buka penghawa dingin, mod ECO akan diaktifkan secara automatik dan korang diberi pilihan tahap ECO yang bersesuaian dengan ruang udara untuk penjimatan elektrik yang lebih optimum tau! Bagusnya!
Fun fact, selepas 80% penggunaan, ia akan masuk ke mod ECO yang akan menjimatkan sehingga 60% penggunaan elektrik rumah korang. Jadi, korang dah tak perlu risau nak buka penghawa dingin selama mana yang korang nak okay!
Bukan itu saja, dengan penghawa dingin terbaru Haier ini, ruang udara korang pasti akan lebih segar dan bersih sebab ia mempunyai ciri UVC PRO, yang bertindak untuk membasmi bakteria dan virus tau.
Biasalah, ruang yang luas dan tertutup ni mana ada pengaliran udara berlaku betul tak? Jadi, senanglah bakteria dan virus untuk membiak.
Dengan ciri UVC PRO, ia akan memancarkan sinar UV untuk mensterilkan virus dan bakteria, serta merangsang fotokatalis bagi menghasilkan radikal hidroksil. Ini termasuk mampu untuk membunuh 99% virus Covid-19. Bagusnya!
Proses ini akan membantu mensterilkan virus dan bakteria, serta dapat menghilangkan bau pada ruang udara korang tau!
Haa, kami dah kongsikan hampir kesemua ciri penghawa dingin terbaru Haier ni, apa kata korang dapatkannya sekarang untuk lebih penjimatan tenaga serta ruang udara yang lebih bersih dan segar!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Haier, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
