Connect with us

Oh! Media

Ultraman Taro Bersanding Curi Tumpuan, Rupa-Rupanya Dah Berjanji Masa Kenal Isteri Dulu

ultraman

Trending

Ultraman Taro Bersanding Curi Tumpuan, Rupa-Rupanya Dah Berjanji Masa Kenal Isteri Dulu

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan pengantin bersanding memakai kostum adiwira Ultraman Taro yang popular di Jepun.

BACA: Ebit Lew Buat Kejutan, Pakai Kostum Mickey Mouse Jumpa Anak Istimewa.. Terharu Tengok!

IKLAN

Dalam rakaman itu, Ultraman Taro dilihat berjalan masuk ke dewan persandingan sambil memegang tangan si isteri.

@ziesenin98

Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi …sehingga kedua2 pihak keluarga kami supportif minat kami2 sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga ❤️❤️❤️❤️ #ultraman #ultramantaro #majliskawin #sayangkeluarga #sayangisteri #hobbies #collection #fypシ #selamatpengantinbaru #mirisarawak #sarawak

♬ golden hour – JVKE

Rupa-rupanya, ada cerita di sebalik kostum adiwira itu tau. Lapor mStar, pengantin dikenali sebagai Mohamad Zulhafizie Senin merupakan seorang pensyarah di Kolej Komuniti Miri Sarawak.

Dia meminati Ultraman sejak kanak-kanak dan mempunyai banyak koleksi permainan termasuklah kostum.

ultraman

Lebih menarik lagi, dia dan isteri mempunyai minat yang sama dan mereka bertemu di sebuah acara cosplay.

Difahamkan, Hafiz kerap menyertai pertandingan cosplay namun kini sudah bergelar juri.

Isteri pun minat juga. Kami kenal di acara cosplay. Malah, dia juga seorang gamer dan suka kumpul permainan seperti saya. Jadi di situ kami dapat keserasian dan persefahaman.

Berkongsi dengan lebih lanjut, kostum yang dipakai Hafiz pada hari persandingan ditempah di Indonesia dengan harga lebih RM2,000.

ultraman sanding

Kostum tersebut ditempah ketika mula berkenalan dengan isteri pada Julai tahun lalu.

Saya dah janji dengan isteri ketika mula-mula kenal dia. Saya tanya, kamu terima ke kalau saya jadi Ultraman?

Dia cakap dia mahu. Jadi saya tempah baju itu masa kenal dia, untuk dipakai pada majlis perkahwinan kami.

Hafiz bersyukur kerana keluarga memberi sokongan sepenuhnya terhadap minatnya terhadap Ultraman. Siap keluarga minta masuk pertandingan lagi tau!

Kredit: mStar | TikTok @ziesenin98

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas