Connect with us

Oh! Media

Tular Video Parodi Catriona Ross Tiru Gaya DSV, Ahmad Iqbal Beri Respon Balas

Trending

Tular Video Parodi Catriona Ross Tiru Gaya DSV, Ahmad Iqbal Beri Respon Balas

Kisah hubungan antara usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida (DSV) bersama bekas PA, Ahmad Iqbal dilihat masih menjadi bualan orang ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Catriona Ross Tiru Gaya DSV Sambut Birthday Iqbal Boleh Kena Saman?

Ia semakin diingati oleh masyarakat selepas sebuah program hiburan, MeleTOP telah menyiarkan sebuah parodi mengenai hubungan mereka baru-baru ini.

Menerusi video parodi itu, dilihat tiga selebriti tanah air, Jihan, Catriona Ross dan Danial Zain yang cuba melakonkan semula babak kejutan hari jadi Iqbal yang dibuat DSV.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan Catriona Ross yang dikatakan hampir seiras dengan usahawan kosmetik itu.

Ahmad Iqbal beri respon balas

Berhubung dengan perkara itu, tuan badan kepada video parodi tersebut, Iqbal tampil memuji hasil lakonan Catriona Ross yang berjaya meniru perwatakan DSV.

Namun, disebalik pujian itu, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli turut meluahkan rasa terkilan dan menganggap video tersebut memalukan dirinya.

Menerusi perkongsiannya di Insta story, dia seakan-akan tidak mempercayai Catriona atau dikenali sebagai Kak Cat sanggup berbuat sedemikian kerana menganggapnya sebagai idola sejak kecil.

Video parodi di MeleTOP telah menarik minat saya terutamanya Kak Catriona kerana beliau adalah idola saya yang telah membawa watak yang sangat menjadi dan menghiburkan.

Cuma saya betul-betul rasa terkilan. Disebalik tekanan yang melampau selepas menerima pelbagai tomahan, Kak Cat sanggup jadikan ia bahan lawak.

Saya sebenarnya amat meminati kak Cat sejak saya sejak saya budak-budak lagi.

Video tersebut sebagai sindiran atau sebaliknya?

Menerusi hantaranya itu, dia turut memberikan persoalan sama ada pelakon itu sanggup berbuat sedemikian oleh kerana ingin menyindir ataupun bayaran yang telah diberikan.

Menurutnya, terdapat perkara yang boleh dijadikan sebagai gurauan, namun disaat dirinya yang dihimpit kontroversi, baginya ia bukanlah perkara yang perlu dijenakakan.

Mengakhiri ulasannya itu, Iqbal turut mengakui telah menghantar mesej melalui Direct Message (DM) di Instgaram kepada pelakon itu, namun sehingga kini masih tidak mendapat sebarang balasan.

Kredit: Instagram ahmadiqbalzulkefli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas