Connect with us

Oh! Media

(Video) “Tiada Niat Untuk Bertanding Semula” – Siti Nurhaliza Perjelas Tidak Akan Sertai AJL

Ohmedia siti Nurhaliza

Oh! Artis

(Video) “Tiada Niat Untuk Bertanding Semula” – Siti Nurhaliza Perjelas Tidak Akan Sertai AJL

Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Siti, dia sudah pun melalui zaman di mana pelbagai pertandingan telah disertainya.

Malah, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata dia kini lebih selesa menghasilkan karya dan menghiburkan peminatnya daripada memasuki mana-mana pertandingan.

IKLAN

Siti Nurhaliza

Tiada niat untuk bertanding semula. Minta maaf banyak-banyak. Memang tidak akan.

Saya rasa ketika ini saya hasilkan karya hanya untuk terus hiburkan peminat sahaja.

Saya dah melalui zaman menyertai pelbagai anugerah dan pertandingan sebelum ini, dah rasa nikmat seronok itu.

Tambahan, Siti yang berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu di konti Kool 101 FM bagi mempromosikan album terbaharunya berjudul Sitism.

Dalam pada itu, sesi temu bual santai ini dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna.

BACA: Aafiyah Terpaksa Jalani Pembedahan Akibat Kemalangan, Siti Nurhaliza Terpaksa Batal Persembahan Saat Akhir

Terdahulu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan persembahan di saat akhir kerana anak perempuannya Aafiyah terpaksa menjalani pembedahan akibat kemalangan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas