
Trending
Syada Amzah Dituduh Kacau Rumah Tangga Elcah, Rupanya Ini Cerita Sebenar?
Elcah tampil pertahan Syada Amzah selepas didakwa jadi punca keretakan rumah tangganya.
Kecoh di media sosial apabila Syada Amzah dikaitkan dalam isu rumah tangga pempengaruh terkenal, Elcah dan suaminya, Afi Hamri. Namun, Elcah tampil memberikan penjelasan dan mempertahankan sahabat baiknya itu.
Menurut laporan mStar, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha berkata dakwaan yang mengatakan Syada menjadi punca rumah tangganya bermasalah adalah salah faham semata-mata.
Dekat sini saya nak bersihkan nama kawan baik saya Syada… mungkin sebab Syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan.
“SA Bukan Syada Amzah” – Elcah mohon maaf atas salah faham

Elcah turut menegaskan bahawa gelaran ‘SA’ bukan merujuk kepada Syada Amzah, sebaliknya individu lain yang terlibat dalam konflik peribadi mereka.
Saya mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah salah faham. Hal ini yang orang cuba jadikan Syada orang tengah tapi ada yang salah faham.
Dah macam adik-beradik, minta jangan kaitkan lagi

Elcah juga mengakui hubungan rapatnya dengan Syada yang disifatkan sudah seperti keluarga, dan meminta agar orang ramai tidak lagi mengaitkan Syada dalam isu rumah tangganya.
Kami dah kawan hampir separuh umur, sudah seperti adik-beradik. Terima kasih semua, jangan babitkan Syada mahu pun keluarga dia.
Suami Elcah pernah tuduh Syada Amzah?

Sebelum ini, suami kepada Elcah, Afi Hamri mendakwa Syada menghasut isterinya dan memujuk untuk membelakangkan suami dalam menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.
Lebih mengejutkan, Afi juga mendakwa Syada pernah mengajak Elcah ke kelab malam untuk ‘tenangkan fikiran’.
Pssttt! Dalam isu rumah tangga, tak semua yang kita dengar itu benar. Jangan cepat jatuhkan hukuman tanpa tahu cerita sebenar. Kadang-kadang, sahabat hanyalah mangsa salah faham.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
