Oh! Artis
Video Berpelukan Mesra Bella Astillah Dengan Ibu Syed Saddiq Undang Perhatian
Bella Astillah hadir ke majlis ibu Syed Saddiq, netizen puji keakraban dan doakan ke jinjang pelamin.
Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat menghadiri majlis ulang tahun ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.
Momen mesra itu dikongsikan menerusi video di TikTok yang menunjukkan Bella disambut mesra oleh keluarga Syed Saddiq, dan suasana majlis pun nampak cukup meriah. Siap berpelukan lagi tu…
Bella Astillah dah macam keluarga sendiri…
Apa yang lebih menarik, kemesraan antara Bella dan keluarga Syed Saddiq bukan biasa-biasa. Rakaman lensa menunjukkan keakraban mereka yang jelas terpancar, sampai ramai netizen rasa macam Bella dah jadi sebahagian daripada keluarga ahli politik itu.
Netizen pun tak lepaskan peluang untuk meluahkan rasa suka dengan hubungan mereka. Ada yang memuji Bella sebagai seorang wanita yang beradab dan pandai membawa diri, menjadikan dia ‘menantu idaman’ di mata ramai.
Hubungan Syed Saddiq dan Bella makin erat, tapi masih tiada pengesahan…
Untuk pengetahuan korang, Bella Astillah sebelum ini memang dah beberapa kali dikaitkan dengan Syed Saddiq. Mereka pernah dilihat bersama dalam beberapa acara, termasuklah mendaki Gunung Kinabalu dan menghadiri program awam lain.
Kehadiran Bella ke majlis keluarga ini pula seakan-akan ‘confirm’kan lagi hubungan mereka yang dikatakan semakin rapat.
Namun begitu, kedua-duanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status sebenar hubungan mereka. Jadi, buat masa sekarang ni, semua masih tinggal spekulasi je walaupun hint tu macam makin jelas.
Pssttt! Kadang-kadang, bila dua orang nampak sepadan, netizen memang tak boleh duduk diam. Tapi Ohmedia harap korang jangan cepat buat andaian. Hormat juga privasi selebriti kita, okay? Apa pun, kalau betul mereka bersama, kita doakan yang baik-baik aje.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM