Trending
“Sudah-Sudah Buat Kerja Macam Ni, Sungguh Memalukan” – Safee Sali Tegur Kakak, Minta Berhenti ‘Meroyan’
Safee Sali tegur kakak di Threads, anggap perbuatannya memalukan.
Isu membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali menjadi perhatian ramai selepas kakaknya, Normalayati tampil bersuara di Thread.
Normalayati menafikan dakwaan Safee kononnya bekas adik ipar yang berasal dari Indonesia telah membolot semua harta adiknya itu.
Safee Sali tegur kakak di Threads
Tak berdiam diri, Safee dilihat membalas kenyataan yang dibuat kakaknya. Safee Sali meninggalkan komen meminta kakaknya menghentikan tindakan membuka cerita di media sosial.
Dalam komen itu, Safee turut meluahkan rasa kecewa menganggap kakaknya tidak perlu masuk campur kerana tiada di dalam hidupnya yang sebenar.


Dalam satu lagi balasan, kakaknya turut berkata dia bersuara kerana mahu memperbetulkan keadaan apabila merasakan pihak lain difitnah.
View on Threads
Isu ini ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hubungan adik-beradik serta kisah lama rumah tangga yang kembali menjadi perhatian ramai.

